Bitcoin (BTC)

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Screen-Shot-2019-03-18-at-4.40.13-PM.png


Bitcoin (BTC)
Harga Tertinggi (Mac 2021): $61,844
Harga Terendah (Mac 2010): $0.003
Harga Semasa: $60,200

20210122_020020.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1
20210122_020514.jpg

White paper Bitcoin oleh Satoshi Nakamoto page 1

Bacaan penuh white paper bitcoin di sini


Bitcoin atau dikenali sebagai BTC merupakan mata wang digital. Tidak seperti mata wang fiat (Ringgit Malaysia, Dolar, Rupiah), BTC tidak mempunyai sebarang bank yang menguruskan proses aliran keluar masuknya. Sebaliknya, sistem kewangan BTC diuruskan oleh berjuta sistem komputer seluruh dunia.

Secara tidak langsung, sesiapa sahaja boleh membuat pelaburan BTC dengan hanya memuat turun perisiannya yang bercirikan open-source, dengan syarat anda memiliki sambungan internet untuk menerima atau mengirim mata wang digital.

Adakah BTC bernilai?

Ya. BTC sangat bernilai, malah tidak keterlaluan jika segelintir pelabur menyamakan BTC dengan emas dan perak kerana kuantitinya yang terhad dan sukar untuk dihasilkan.

Dikatakan maksimum penghasilan BTC adalah sebanyak 21 juta syiling. Sehingga 2020, kurang daripada 90% syiling tersebut telah dihasilkan. Selebihnya, memakan masa lebih 100 tahun untuk dihasilkan!

Disebabkan itu, pelabur BTC lebih selesa untuk menyimpan dalam tempoh yang lama (hodling) kerana sifatnya yang ideal, semakin bernilai mengikut peredaran masa.

Mungkin, BTC tidak memiliki bank pusat tetapi matawang digital ini diuruskan oleh sistem yang tidak berpusat iaitu blockchain.


Jika anda ragu-ragu sama ada penggunaan matawang digital ini sah atau tidak di sisi undang-undang, jangan bimbang kerana penggunaan Bitcoin sah di kebanyakkan negara, walaupun penggunaannya tidak begitu luas seperti mata wang fiat.

Namun, awas ya pembaca! Pastikan anda fahami undang-undang kuasa negara dan kenali taktik penipuan pelaburan mata wang kripto sebelum anda mula melabur. Lagi-lagi jika anda pelabur amatur!

BTC juga sangat sinonim sebagai mata wang digital pertama di dunia. Hakikatnya, tidak. Terdapat pelbagai usaha pembangunan mata wang digital, yang mana membuka jalan kepada inovasi Satoshi:

⦁ DigiCash – diasaskan oleh ahli kriptografi dan saintis, David Chaum pada hujung 1980
⦁ B-money – diasaskan oleh jurutera komputer, Wei Dai pada 1990
⦁ Bit Gold – diasaskan oleh saintis komputer, Nick Szabo pada 2005
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Macam Mana Nak Beli Dan Gunakan Bitcoin?​


Sebenarnya Bitcoin (BTC) mempunyai fungsi dan ciri yang menarik, menyebabkan matawang digital ini popular di dalam kalangan pelabur industri kripto.

Tetapi dari mana pelabur membeli matawang digital ini?

Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan hanya sambungan internet dan ikut langkah di bawah:
1. Layari bitcoin.org
2. Masukkan jumlah BTC yang anda ingin beli atau nilai ringgit yang anda ingin bayar.
3. Masukkan wallet address BTC anda dan selesaikan urusan pembelian.

Atau untuk lebih mudah, anda boleh layari Luno, platform tukar aset digital pertama di Malaysia yang telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Selain Luno terdapat dua lagi platform jual beli kripto yang diluluskan SC iaitu Tokenize dan juga Sinegy.

Sebelum itu, pastikan anda sudah mendaftar sebagai salah seorang pelabur BTC dan memuat turun BTC wallet.

Jangan bimbang, BTC wallet tersedia di semua platform baik telefon bimbit android atau iOS, desktop Windows, MacBook atau Linux dan juga perisian seperti BitBox02, Coldcard, KeepKey dan pelbagai lagi.

Pemilikan Bitcoin memberi anda pelbagai manfaat terutama jika anda membuat pembelian atau pembayaran atas talian. Buat masa sekarang, sebarang urusan pembelian atau pembayaran secara offline masih tidak meluas.

Berikut adalah perkara yang anda boleh nikmati dengan menggunakan BTC:
> Tiket penerbangan
> Tempahan bilik hotel
> Pembelian hartanah
> Makanan dan minuman
> Pakaian
> Kad hadiah
> Langganan atas talian

Berbelanjalah BTC anda di Malaysia menerusi beberapa laman web yang mesra kripto seperti:
BolehVPN – menyediakan perkhidmatan VPN
Codashop – platform pembelian kredit permainan alam maya
Cygnus IT Solutions – menyediakan pengurusan IT
HostPro2u – menyediakan perkhidmatan hosting untuk laman web

..banyak lagi!

Memandangkan tiada bank terlibat di dalam pengurusan matawang kripto, anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan wang anda. Sebahagian pelabur lebih selesa untuk menyimpan di bursa, manakala ada juga yang lebih selesa menyimpan di pelbagai wallet kripto.

Bagi anda yang selesa menyimpan di wallet, pastikan anda menyimpan seed phrase untuk memudahkan urusan anda mendapatkan jumlah wang yang telah hilang.

Jika anda terfikir sama ada Bitcoin boleh menjana pendapatan atau tidak, jawapannya ya. Tetapi anda perlu ingat, jika anda mampu mengaut pendapatan menggunakan BTC bermakna anda juga berpotensi untuk kehilangannya.

1. Pelabur profesional biasanya akan membeli dan menyimpan BTC kerana harga BTC akan meningkat pada masa akan datang.
2. Ada juga pelabur yang giat berdagang BTC dengan mata wang kripto lain untuk membuat keuntungan jangka pendek dan pertengahan.

Kedua-dua strategi ini agak berisiko tetapi kebiasaannya akan memberi keuntungan yang berbaloi berbanding risiko.

3. Sebahagiannya pelabur lebih selesa menggunakan strategi 1 dan 2 secara serentak.

Secara keseluruhannya, tiada strategi yang betul atau salah. Lain pelabur, lain objektifnya. Ikutlah keselesaan anda dalam membuat pelaburan matawang kripto.

Mungkin, anda boleh kenali 4 jutawan BTC terkemuka dunia dan jadikan mereka sebagai inspirasi pelaburan matawang kripto!

Sumber Artikel
 
Last edited:

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Lebih dari seminggu harga Bitcoin (BTC) mencatatkan lonjakan berterusan akhirnya mendorong aset digital itu menghampiri paras tahap utama, $12,000.

Berdasarkan pemerhatian penganalisis pada Isnin, BTC telah meningkat 3.4% sekitar $11,835. Secara tidak langsung, nilai $12,000 menjadi rintangan utama sebelum melonjak ke paras sasaran terbaru.

Beberapa matawang digital lain juga menyaksikan lonjakan 4.5%, sementara Dash dan Monero masing-masing menyaksikan lonjakan tertinggi iaitu 5%.

Pengasas Quantum, Mati Greenspan berpendapat lonjakan tersebut dikaitkan dengan pertemuan maya antara Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan pengurus urusan BIS, Agustin Carstens serta pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell semalam.

Dilaporkan pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan isu pembayaran rentas sempadan dan matawang digital.

Powell memberitahu bank pusat sedang menimbang kos dan manfaat penggunaan matawang digital. Namun, masih belum memutuskan sama ada untuk menubuhkan atau tidak.


Malah, figura itu juga turut akui Libra Facebook berpotensi untuk menjadi pemangkin tumpuan isu-isu berkaitan.

Majoriti penganalisis positif dengan lonjakan matawang kripto, termasuk penawarannya yang terhad dan lebih banyak penyertaan institusi besar sejak kebelakangan ini seperti Square Inc yang membuat pelaburan sekitar $50 juta dalam Bitcoin.
 

Mr.Gekko

Well-known member
Permintaan terhadap matawang crypto saban hari semakin meningkat berikutan keadaan
geopolitik dan situasi membimbangkan yang semakin merisaukan. Pada hari ini, PayPal
Holdings Inc mengumumkan untuk meluaskan pasaran ke pasaran matawang crypto. Hal
ini telah membolehkan pelanggan membeli, menjual dan memegang matawang cypto
termasuk bitcoin dengan menggunakan dompet digital.

Pelanggan PayPal juga dijangka dapat menggunakan matawang crypto untuk membeli
barangan dalam rangkaian PayPal bermula awal tahun 2021.

Selanjutnya baca sini https://intraday.my/mudah-lepas-ni-dah-boleh-trade-bitcoin-guna-paypal/

Patut lah BTC naik ke 13,200 semalam.
Makin tinggi naik.
Resistance 14K

Tp yg hold tu boleh hold sampai ke bulan.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Bitcoin sudah hampir mencecah $15,000 naik dari $13,500 pada hari ini saja.
 

ItsMeIzwan

Member
Teruja plak tgok kenaikkan harga btc ni.. hari tu lepas register luno deposit sikit je nak tgok pegi dia camana.. fehhh.. within few days je.. naik byk.. dgn sekali modal deposit tu je bleh buat buy sell buy sell.. dah nampak timing player btc ni time bila diorg buy sell.. dah boleh pump modal lebih ni..
 

fazruljalaluddin

Active member
aku dah mula beralih dari wahed investment ke luno.

seronok tengok figure naik walaupun sikit2. pastu ada byk pulak tu, litecoin la, etherium la, ripple la, habis semua aku bedal. diversify 🤣
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top