Barangan Terpakai Boleh Menjadi Robot

Fakhrii

Well-known member
Lelaki Gabungkan Barangan Harian Terpakai Dijadikan ‘Exoskeleton’ Menyerupai Watak Robot Popular

48557-thumbnail.jpg


siakap-keli-thumbnail-740x387.jpg

Seorang lelaki, Peter Kokis atau dikenali sebagai ‘Brooklyn Transformer” dikatakan telah menjadi individu yang dikenali di New York dengan menghasilkan robot exoskeleton menggunakan barangan harian di rumahnya. Hal ini dilaporkan kerana dirinya telah menyahut cabaran teman wanitanya.

Menurut laporan, Peter yang merupakan bekas juruterbang tentera itu mula mengumpulkan barangan kitar semula yang terdapat di sekitar rumahnya untuk dijadikan exoskeleton yang menakjubkan yang digelarkan sebagai Squid Boy.

Bukan itu sahaja, dirinya mendakwa telah menghasilkan beberapa kostum yang diilhamkan daripada Transformers, The Terminator atau Xenomorphs of Alien sejak beberapa tahun. Difahamkan, rekaan tersebut menggunakan 100 peratus bahan kitar dan barangan rawak seperti alat hirisan telur, tempat tisu tandas, saluran longkang dapur dan lain-lain lagi.

“Saya sebenarnya menggunakan pengalaman saya dalam penerbangan untuk membina robot saya,” katanya kepada Pix11.

Kini, Peter Kokis dilaporkan mempunyai sembilan exoskeleton yang unik dan beberapa daripadanya dikatakan mempunyai berat yang sama dengan dirinya. Namun begitu, berat bukan satu masalah baginya tetapi merasa panas apabila memakai kostum berkenaan terutamanya ketika musim panas.

Berikutan itu, dirinya mendakwa telah melatih dengan memakai kostum tersebut di rumah dalam keadaan semua tingkap dan penyaman udara ditutup. Walau begitu, Peter didakwa telah melepaskan hubungan romantiknya setelah diberi pilihan antara robot atau kekasihnya.

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top