📈 Technical Apa itu Support dan Resistance (SNR)?

Technical

Fazrul Syazwan

New member
Support dan Resistance merupakan asas yang paling penting untuk dipelajari dalam menganalisa sesuatu pasaran kewangan. Jadi apakah Support dan Resistance? Dalam thread ini saya akan kupaskan sedikit sebanyak berkenaan pengunaan Support dan Resistance sebagai alat analisa teknikal.

1.Definisi
1.1 Support
  • Support adalah satu tahap atau kawasan dalam carta pasaran dimana keinginan permintaan yang amat kukuh dan kuat sehinggakan mampu menampung tekanan daripada penawaran. Dalam erti kata lain, support merupakan kawasan dasar harga terendah sebelum menuju ke tingkat harga yang paling tertinggi.​
1.2 Resistance
  • Resistance adalah satu tahap atau kawasan dalam carta pasaran dimana keinginan penawaran yang amat kukuh dan kuat sehinggakan mampu menampung tekanan daripada permintaan. Dalam erti kata lain, resistance merupakan kawasan puncak harga tertinggi sebelum menuju ke tingkat harga yang terendah.​

Uptrend.png

Rajah 1 : Kawasan Support dan Resistance pada Uptrend.

Downtrend.png

Rajah 2 : Kawasan Support dan Resistance pada Downtrend.

2.Major dan Minor Support & Resistance.
Support dan Resistance terbahagi kepada 2 iaitu Major dan Minor.

2.1 Major Support and Resistance
  • Major Support dan Resistance merupakan kawasan yang berada di timeframe yang besar iaitu pada timeframe H4. Daily, Weekly dan Monthly. Candlestick yang menjadi penanda aras kepada Support dan Resistance selalunya mempunyai shadow yang amat panjang.​

2.2 Minor Support and Resistance
  • Minor Support dan Resistance merupakan kawasan yang berada di timeframe yang lebih rendah iaitu pada timeframe H1, M30, M15, M5 dan M1. Minor Support dan Resistance berada di antara Major Support dan Resistance.

Major and Minor Support and Resistance.png


Rajah 3: Minor Support dan Resistance di antara Major Support dan Resistance.​

3.Significant Support dan Resistance
  • Significant Support dan Resistance bermaksud suatu kawasan yang amat jelas, kelihatan ketara ataupun menonjol. Significant Support dan Resistance perlu dikenalpasti kerana ia merupakan kawasan yang amat penting untuk dijadikan sebagai penanda aras dalam menganalisa carta.​
  • Significant Support dan Resistance mempunyai dua jenis, iaitu :​
    1. Stand-Alone.
    2. Parallel.
3.1 Significant Support dan Resistance : Stand-Alone
  • Stand-alone Significant Support dan Resistance adalah shadow candlestick yang mampu berdiri sendiri (indipendent).​

Significant Stand-Alone Resistance.png
Rajah 4 : Stand-Alone Significant Resistance.
Significant Stand-Alone Support.png

Rajah 5 : Stand-Alone Significant Support.

3.1 Significant Support dan Resistance : Parallel
  • Parallel Significant Support dan Resistance adalah shadow candlestick yang sama baris atau selari dengan shadow candlestick yang lain.
  • Jika shadow candlestick tidak selari atau tidak sebaris sama ada melebihi atau tidak melewati aras Support dan Resistance yang lain tetapi kelihatan sama secara kasar, juga dikira sebagai parallel.
Significant Parallel Resistance.png


Rajah 6 : Parallel Significant Support.

Significant Parallel Support.png

Rajah 7 : Parallel Significant Support.
4.Penandaan Support dan Resistance
  • Penandaan Support dan Resistance perlulah terperinci untuk mendapat ketepatan dalam menganalisa carta pasaran. Penandaan Support dan Resistance ditanda pada shadow candlestick.
  • Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas untuk penandaan Support dan Resistance gunakan line chart untuk menanda dan perbetulkan selepas menukarkannya kepada candlestick chart.
USDCHFH1 - Line Chart.png

Rajah 8a : Penandaan Support dan Resistance pada Line Chart.
USDCHFH1 - Candlestick Chart.png


Rajah 8b : Memperbetulkan Penandaan Support dan Resistance pada Candlestick Chart.
 
Last edited:

Fazrul Syazwan

New member
5.Roles Reversal Phenomenon
  • Roles Reversal Phenomenon merupakan fenomena perubahan fungsi yang berlaku pada Support dan Resistance apabila ia berjaya dipecahkan.​
  • Sesuatu kawasan Support atau Resistance yang mampu dipecahkan oleh pergerakkan harga akan berubah kepada fungsi lain seperti Support yang berjaya dipecahkan akan berubah fungsi kepada Resistance manakala Resistance yang berjaya yang dipecahkan akan berubah fungsi kepada Support.​
5.1 Uptrend Roles Reversal Phenomenon : Resistance Become Support
Resistance Become Support.png

Rajah 9 : Resistance Become Support.
  • Suatu aras Resistance yang berjaya dipecahkan oleh pergerakkan harga yang menuju ke tingkat harga yang teratas akan berubah fungsi kepada Support.
  • Apabila Resistance (point 1) dipecahkan, pergerakkan harga akan membuat koreksi (correction atau retracement) pada wave 3 yang akan bertindak balas di kawasan yang sama dengan berlainan fungsi iaitu sebagai Support (point 4).​
5.1.1 Contoh Resistance Become Support pada Candlestick Chart.
XAUUSDH1 - Resistance Become Support.png

Rajah 10a : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart XAUUSD.​

GBPUSDM5 - Resistance Become Support.png
Rajah 10b : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart GBPUSD.
[DJI30]H4 - Resistance Become Support.png
Rajah 10c : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart DJI30.​


5.2 Downtrend Roles Reversal Phenomenon : Support Become Resistance
Support Become Resistance.png

Rajah 11 : Support Become Resistance.
  • Suatu aras Support yang berjaya dipecahkan oleh pergerakkan harga yang menuju ke tingkat harga yang terendah akan berubah fungsi kepada Resistance.
  • Apabila Support (point 1) dipecahkan, pergerakkan harga akan membuat koreksi (correction atau retracement) pada wave 3 yang akan bertindak balas di kawasan yang sama dengan berlainan fungsi iaitu sebagai Resistance (point 4).​
5.2.1 Contoh Support Become Resistance pada Candlestick Chart.
USDCHFM30 - Support Become Resistance.png
Rajah 12a : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart USDCHF.​
USDJPYH1 - Support Become Resistance.png

Rajah 12b : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart USDJPY.​

NZDUSDH1 - Support Become Resistance.png

Rajah 12c : Resistance Become Support Pada Candlestick Chart NZDUSD.
 
Last edited:

Fazrul Syazwan

New member
6.Key Level
  • Key level adalah kawasan pertembungan antara Support dan Resistance bagi memberi keyakinan untuk meletakkan posisi dalam carta pasaran terutamanya pada continuation trend.
  • Penandaan key level amat penting kerana aras tersebut akan selalu berinteraksi dengan pergerakkan harga.​
6.1 Contoh Key Level : Resistance Become Support
[SP500]H1 - Key Level + Resistance Become Support.png
USDJPYH4 - Key Level + Resistance Become Support.png
NZDUSDH4 - Key Level + Resistance Become Support.png
6.2 Contoh Key Level : Support Become Resistance
GBPUSDH4 - Key Level + Support Become Resistance.png
EURUSDH1 - Key Level + Support Become Resistance.png
AUDUSDH4 - Key Level + Support Become Resistance.png


Jika sudah memahami ilmu di atas boleh ke thread seterusnya di sini : Akan Menyusul
Balik semula kepada thread sebelumnya : Trend
 
Last edited:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top