Apa Itu KRIPTO. Mula Di Sini!

Faizfx

Member
Moshed Trader Club
Secara mudahnya, Kripto tu adalah matawang digital. Tujuan utama kripto dicipta adalah untuk mengelakkan pihak ketiga menguruskan wang kita seperti bank. Sekarang apabila kita transfer duit dari A ke B kita perlukan pihak C iaitu bank. Jika pihak C cuai atau seleweng, wang kita akan terjejas.

Kripto ni menggunakan teknologi secara kriptografi ataupun coding komputer. Kemudian melalui proses tertentu seperti encryption ataupun hashing untuk tujuan keselamatan. Setiap matawang kripto itu punyai ciri keselamatannya tersendiri. Jika Bitcoin kita akan tengok dia menggunakan ciri keselamatan hashing SHA256. Kripto-kripto lain punyai proses keselamatannya yang tersendiri.

transactioncycle-1.jpg


Setiap kali kita buat pemindahan coin, transaksi akan dibantu secara komuniti (bukan satu pihak) melalui cara mining. Mining ni akan dilakukan beramai-ramai melalui komputer mining dalam satu rantaian yang mana setiap transaksi akan disimpan di dalam blockchain. Setiap orang yang terlibat dalam mining pula akan mendapat imbuhan kripto tersebut sebagai ganjaran membantu transaksi yang berlaku. Itulah yg kita selalu dengar pasal mining mining tu.

what-is-cryptocurrency-1.jpg


View attachment 753

Ini saya listkan kebaikan utama matawang kripto
1. Bebas campurtangan org ketiga
2. Mudah dipindahkan. Saya di Malaysia boleh send ke Africa ke Eropah dalam beberapa minit sahaja, berbanding menggunakan wire transfer antara bank ke bank yg ambil masa sampai 3 ke 5 hari.
3. Supply matawang kripto ini ada terhad. Tak seperti matawang fiat yg kita guna, boleh print sesuka hati menyebabkan nilai matawang fiat sentiasa menurun (disebabkan inflasi). Dulu beli nasi lemak 20sen, sekarang nasi lemak Rm2.

Sekarang ni ibu segala kripto adalah Bitcoin. Bitcoin matawang kripto yang pertama. Diasas pada tahun 2009. Bitcoin adalah paling stabil dan paling banyak disimpan. Market cap bitcoin sekarang mencecah $235Billion. Bukan saja orang awam (retailer) tapi institusi dan syarikat pelaburan pun melabur dan pegang bitcoin ni.

Selain bitcoin ada beribu lagi kripto yang lain. Ada yang genuine ada yang scam. Jadi kena berhati-hati pilih pelaburan kripto. Kena tahu kripto apa yang kita nak beli. Sebab sekarang penggunaan kripto masih terhad, jadi ramai yang membeli kripto lebih kepada melabur dan buat untung. Termasuklah beberapa platform yg tawarkan trading kripto secara margin. Paling popular di BINANCE.

Baik, nanti saya sambung...

mining tuu dia aprove transaction la ? yang melombong crypto tu .. mining ni la ?
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
mining tuu dia aprove transaction la ? yang melombong crypto tu .. mining ni la ?
Yesss... Dia guna komputer untuk mining.. Dia proses setiap transaksi, dalam masa sama akan dapat reward coin atau kita panggil mining coin.. Sebab tu komputer mining kena run 24 jam.. Kena simpan tempat yg sejuk n pakai elektrik kuat.. Lagi banyak mesin mining (komputer) lg banyak untung.. tapi elektrik lagi banyak kena guna...
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
TikTok sekat kandungan berkaitan kripto! Lepas ni dah tak ada lah orang boleh promote coin di tiktok lagi

Baca di sini:

 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top