'Apa Benda tu FOMO?

Wen

Well-known member
Staff member
Image result for fomo

APA ITU FOMO?

Haa ni mesti ada yang belum tahu lagi apa tu FOMO dan mesti ramai yang nak tahu kan. Kalau dalam trading ni FOMO ini yang kita kena jaga. Sama seperti kita mengawal emosi dalam Trade. hehe. FOMO ni lah boleh dikatakan musuh kepada pelabur.. okay .. FOMO ni adalah akronim dari Fear Of Missing Out. Istilah ini makin popular disebabkan merebaknya sosial media. Bila kita tengok orang lain seronok buat untung kita pun rasa tidak mahu ketinggalan untuk membuat keuntungan juga.Contohnya, hari-hari kita tengok kawan-kawan tayang keuntungan saham di sosial media, kita pun rasa macam cuba jugak melabur dalam saham. Yelaa, kalau ramai je yang boleh buat untung, kita pun mesti nak juga. Nak kaya cepat katakan.. aduhhh.. Sbb tu la terjadinya FOMO

FOMO DI DALAM TRADING DAN PELABURAN

Fenomena FOMO juga terjadi di pasaran saham, forex, atau lainnya seperti cryptocurrency. Banyak orang membeli cryptocurrency seperti Bitcoin tetapi tanpa ilmu yang lengkap. Dan sebagian besar terjadi kerana FOMO adalah Takut Ketinggalan. Tiada yang nak ketinggalan mendapatkan kesempatan untuk menjadi kaya.Ada orang masuk ke dalam pasaran saham, tapi sebab dia pun masih belum cukup ilmu, dia rugi. Tapi dia juga lupa, lazimnya manusia ini akan tayangkan perkara yang seronok je, yang tak seronok dia tak tunjuk. Begitu jugalah dalam saham, yang untung dia tayang, yang rugi dia sorok.Dalam pelaburan, sebaiknya adalah kita melabur dalam instrumen yang kita faham sahaja, bukanlah melabur mengikut orang ramai. Nak melabur perlu buat analisis sendiri, jangan masuk sebab ramai yang masuk.


Image result for fomo

Bagaimana nak atasi FOMO?

Cara terbaik untuk mengatasi FOMO adalah dengan mengawal emosi. Bila kita rasa terpengaruh untuk labur ke mana-mana instrumen, pastikan kita membuat analisa terlebih dahulu, pastikan kita boleh memberikan sebab (tidak kira dari sudut teknikal atau fundamental) untuk membeli satu-satu saham atau pelaburan.

Ramai terjerat dengan FOMO kerana dia rasa peluang hanya datang sekali. Peluang akan sentiasa ada, kita terlepas kali ini, akan ada peluang lain di masa hadapan, apa yang penting kita sudah bersedia apabila peluang terhidang nanti.

Jadi renung-renungkanlah :) "Baca Intraday,Baru Trade"
👇 👇 👇 👇👇 👇 👇
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Memang bahaya FOMO ni. Bukan nak kata, saya pun baru ni FOMO dengan Doge Coin. Haha beli di pucuk. Tengok berdesup naik Elon Musk punya angkara. Kadang2 kita x sedar benda tu terjadi
 
  • Like
Reactions: Wen

ARe-BeaR

Member
betul tu.... dlm FoRex byk kali kena FOMO ni.... Beli dkt Pucuk hahahaha.... dan kekdg bila sell plak dkt bottom... skali dia libas naik.... trus panik hahahahha...
 
  • Like
Reactions: Wen

Wen

Well-known member
Staff member
betul tu.... dlm FoRex byk kali kena FOMO ni.... Beli dkt Pucuk hahahaha.... dan kekdg bila sell plak dkt bottom... skali dia libas naik.... trus panik hahahahha...
😅😅 kena kawal emosi .. yang penting ilmu kena ada
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top