📈 Technical Analisis Teknikal Pasaran Emas

Technical

sankiss

Active member
ZNNqCRPw

Analisis Teknikal pula,

Sesi petang waktu tempatan pula menunjukkan pasaran emas terus mempamerkan kelemahan di mana harga sekarang telah menembusi zon support. Jika candlestick tutup di bawah zon support maka kemungkinan tinggi untuk carta menghasilkan "Lower Low" baru dan perlu membuat "Lower High" baru untuk downtrend menjadi valid. Jadi plan saya masih lagi menunggu disebabkan plan saya untuk trade breakout buy awal minggu ini tidak menjadi.
 

Pak Man Forex

Well-known member
nS0lUT81

26/02/2021

Pasaran emas gagal menembusi aras 1810 lantas melakukan terjunan harga sehingga ke aras sokongan 1765 semalam. Hal ini terjadi apabila hasil perbendaharaan kerajaan US (US Treasury Bond Yield) terus melakukan penaikan sehingga melepasi aras 1.60% dan menghampiri 'High' pada 05/02/20.

c8Cq8EwG

Sebenarnya tidak ada kaitan secara langsung diantara US Treasury Bond Yield dengan pasaran emas. Namun, secara tidak langsung yield memberi kesan kepada pasaran emas. Mari kita fahami satu per satu.

1. Kenaikan hasil perbendaharaan didorong oleh sentimen keyakinan para pelabur yang melihat kadar pemulihan ekonomi adalah lebih baik daripada ramalan yang dibuat sebelum ini.

2. Presiden US Joe Biden mengumumkan pelan stimulus berjumlah 1.9 Trillion dan dijangka akan diluluskan oleh Dewan Senat pada hari ini.

3. Kerajaan US akan menerbitkan bon dan hasil daripada itu 'Yield' akan bertambah dan nilai bon akan berkurang.

4. Bila 'Yield' meningkat, USD turut menguat.

5. Keyakinan para pelabur terhadap nilai inflasi di US juga mendorong pelabur untuk menjual aset emas meraka untuk dilaburkan di instrument yang lain. Jika nilai inflasi adalah lebih tinggi dari jangkaan, maka kadar faedah sebenar akan menjadi tinggi juga lantas mempengaruhi harga emas pasaran.

6. Kadar faedah sebenar berkorelasi negatif dengan pasaran emas. Secara asasnya, emas tidak memberikan pulangan dividen ataupun faedah, ianya cuma aset kalis penyusutan nilai sahaja.
Terbaik lah penerangan yang complete dan sungguh jelas tuan @sankiss. Anda memang hebat (y)
 

Pak Man Forex

Well-known member
ZNNqCRPw

Analisis Teknikal pula,

Sesi petang waktu tempatan pula menunjukkan pasaran emas terus mempamerkan kelemahan di mana harga sekarang telah menembusi zon support. Jika candlestick tutup di bawah zon support maka kemungkinan tinggi untuk carta menghasilkan "Lower Low" baru dan perlu membuat "Lower High" baru untuk downtrend menjadi valid. Jadi plan saya masih lagi menunggu disebabkan plan saya untuk trade breakout buy awal minggu ini tidak menjadi.
Wait for the right time to take a position hehehe still waiting 😁
 

sankiss

Active member
FeXY8ZBi

09/03/2021

Pasaran emas menjunam sepanjang minggu lepas dan sekarang berlegar di zon support terdekat iaitu pada aras 1680-1670. Para pedagang pasaran emas semestinya telah mengaut keuntungan yang lumayan pada minggu lepas di mana peluang untuk memasuki pasaran jelas kelihatan di sekitar Lower High 1740-1720. ;)

Pada minggu ini, kita akan tunggu dan lihat sekiranya pasaran emas akan meneruskan 'downtrend' atau akan memasuki 'sideways'. Dan semestinya, sila baca Intraday.my untuk mendapatkan info-info terkini sebelum merangka strategi dagangan anda (y).
 

Pak Man Forex

Well-known member
FeXY8ZBi

09/03/2021

Pasaran emas menjunam sepanjang minggu lepas dan sekarang berlegar di zon support terdekat iaitu pada aras 1680-1670. Para pedagang pasaran emas semestinya telah mengaut keuntungan yang lumayan pada minggu lepas di mana peluang untuk memasuki pasaran jelas kelihatan di sekitar Lower High 1740-1720. ;)

Pada minggu ini, kita akan tunggu dan lihat sekiranya pasaran emas akan meneruskan 'downtrend' atau akan memasuki 'sideways'. Dan semestinya, sila baca Intraday.my untuk mendapatkan info-info terkini sebelum merangka strategi dagangan anda (y).
Terbaik tuan @sankiss (y)

Great Job Thumbs Up GIF
 

sankiss

Active member
jAk7Pt2L

Kita dapat lihat 'bullish engulfing' pattern terbentuk betul-betul di zon support semalam dan ini adalah petanda awal pasaran berkemungkinan besar akan membuat 'reversal'. Ramai pedagang yang menjadikan 'engulfing pattern' sebagai signal untuk memasuki pasaran dan saya juga tidak terkecuali :cool:. Para pedagang mungkin akan memasuki pasaran pada aras 50% atau 70% daripada harga 'close' candle semalam.

Tetapi harus diingat juga, harga pasaran emas ini berkaitan secara langsung dengan hasil perbendaharaan US. Emas adalah aset 'safe-haven' yang disifatkan sebagai kalis penyusutan nilai yang menjadi sangat laku ketika dunia berada pada kadar inflasi yang rendah. Seperti post saya sebelum ini, hasil perbendaharaan US boleh dijadikan sebagai 'indicator' awal untuk mengetahui keadaan inflasi di US dan laporan data ekonomi CPI pula akan memberi kadar inflasi semasa di US.

Pergerakan awal pasaran emas yang positif mungkin hanya sementara tetapi jika ia menghampiri zon 1780-1760, kemungkinan besar pasaran emas sudah menjejaki 'bottom' pasaran dan harga akan terus naik lagi. Diharapkan tuan @Pak Man Forex sudi betulkan analisis saya ini jika terdapat kesalahan 🙏.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Mantap tuan @sankiss, engulfing lah antara pattern yang paling menarik dan petanda yang cun untuk menentukan pergerakan seterusnya :love:. Saya masih belajar lagi dan memerlukan banyak lagi ilmu untuk dipelajari tetapi perincian maklumat yang diterangkan oleh tuan @sankiss mengenai emas sangat detail dan complete dan tidak pernah mengecewakan untuk menganalisa pergerakannya.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Padu tuan @sankiss GOLD close candle daily dengan bullish candle, kita lihat dia seperti mampu untuk memasuki zon 1760 - 1780 seperti tuan @sankiss katakan. Terbaiklah, sempat jugak buy semalam and still hold hehehe tidak sia-sia follow rapat teknikal tuan mantap kali (y)
 

sankiss

Active member
Nampaknya emas tidak berjaya melepasi zon 'resistance' pada 1730-1740 dua hari lepas dan terus melakukan junaman pada hari ini. Untuk minggu ini, saya berpendapat pasaran emas akan terus kekal 'downtrend' sehingga awal minggu depan. Tuan @Pak Man Forex, apa pendapat tuan untuk pasaran emas berdasarkan 'price action' hari ini?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya emas tidak berjaya melepasi zon 'resistance' pada 1730-1740 dua hari lepas dan terus melakukan junaman pada hari ini. Untuk minggu ini, saya berpendapat pasaran emas akan terus kekal 'downtrend' sehingga awal minggu depan. Tuan @Pak Man Forex, apa pendapat tuan untuk pasaran emas berdasarkan 'price action' hari ini?
Tak lepas resistance terus terjun tetapi menuju masa untuk menutup pasaran dia balas balik kat zon 1700 dan close candle Daily dan Weekly dengan bullish candle. Saya berpendapat mungkin ia akan naik sedikit tetapi sama-sama kita saksikan hari Isnin nanti
 

sankiss

Active member
B0x37pQ4

22/03/21

Pasaran emas berada dalam keadaan sideways sepanjang minggu lepas dimana kita dapat lihat harga pasaran berada pada 'resistance' yang terdekat. Walau bagaimana pun, ianya masih tidak dapat menembusi down trendline. Kemungkinan besar minggu ini akan ada pergerakan yang besar untuk pasaran emas, disokongi dengan kenyataan FOMC yang secara ringkasnya akan mengekalkan kadar faedah pada 0% - 0.25% sehingga 2024. Jangkaan saya, pada minggu ini, para pelabur dan pedagang akan mula menerima hakikat bahawa hasil perbendaharaan US pada kadar 1.6% - 1.7% adalah 'new normal' dalam situasi ekonomi terkini.

Dari segi teknikal, pasaran emas masih berada dalam keadaan ketidakpastian dan perlu melepasi zon resistance 1760 terlebih dahulu untuk saya kekal Bullish. Sekiranya tidak berjaya, pasti zon support 1680 bakal diuji lagi. Akhir kata, penantian adalah satu cabaran, teruskan menanti untuk 'confirmation' dan elakkan emosi 'Fear Of Missing Out' (FOMO) kerana ikutkan hati, akaun binasa.

Selamat berdagang!:cool:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya GOLD masih gagal untuk tembus zon resistance dan agak bergerak secara SIDEWAY tetapi GOLD asyik mencucuk-cucuk di paras $1740 lalu terus membuat junaman sehingga ke paras $1723. Itulah pendapat saya pun seperti tuan @sankiss, tengok gaya kemungkinanan GOLD akan menurun dan menguji paras harga big round number ia pada harga $1700 lalu akan menguji semula zon support yang pernah dicatatkan sebelum ini di paras harga $1680.

Sama-sama kita nantikan penantian yang penuh dengan cabaran dan perasaan FOMO untuk entry hahahahaha sebab GOLD ni kadang boleh mengganas dan membuat kejutan :ROFLMAO:
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top