📈 Technical Analisis Teknikal Pasaran Emas

Technical

sankiss

Active member
Dalam chart daily trend saya rasa bakal berlaku perubahan trend. Ini dapat dikenal pasti dengan double bottom pattern. Dalam weekly chart pula trend masih lagi bias downtrend.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Dalam chart daily trend saya rasa bakal berlaku perubahan trend. Ini dapat dikenal pasti dengan double bottom pattern. Dalam weekly chart pula trend masih lagi bias downtrend.
Saya pun nampak begitu. Mantap lah, kita nantikan bersama pergerakan seterusnya hehehehe 🙈
 

Pak Man Forex

Well-known member
Mantap lah !! 💪💪

200.gif
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nampaknya tuan @sankiss GOLD tidak seperti yang apa yang kita analisa. GOLD nampaknya tergelincir sedikit sekarang ini ke paras harga $1725.

Kalau dia membuat penurunan lagi, saya jangkakan ia akan turun ke harga support sebelum ini di paras harga $1680 dan jika ia close candle pada paras tersebut. Kemungkinan ia akan membuat triple bottom pada carta Daily. Tetapi GOLD selalu memberi kejutan hahahaha :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Slip Fail GIF

Kita hanya mampu merancang dan menganalisa, market yang menentukan ermm :cry:.
Bagaimana pendapat tuan @sankiss ?
 

sankiss

Active member
RkhG8oZn

Seperti posting yang tuan @Pak Man Forex post sebelum ini, nampaknya kejutan demi kejutan daripada pasaran emas ini menyebabkan harga emas kekal bermain-main di kawasan zon resistance. Pada pandangan saya, kemungkinan emas akan membuat triple bottom dahulu sebelum meneruskan pergerakan menaik dan jika ianya terjadi, breakout di area 1756 akan menjadi momentum untuk emas terus melonjak lagi di dalam pasaran ini.

Dari sudut fundamental pula, kita boleh membaca artikel daripada intraday.my dan ia amat senang difahami oleh para traders. Sila klik di SINI untuk artikel analisis pasaran emas daripada team Intraday.

Akhir kata, fahami money management untuk kekal lama di dalam bidang ini, sebab rugi itu pasti. :cool:
The One Where Estelle Dies Episode 15 GIF by Friends
 

Pak Man Forex

Well-known member
Hah itu dia tuan @sankiss GOLD dah beri kejutan hahahaha :ROFLMAO::ROFLMAO: semalam sahaja dia dah pacak melebihi 300 pips. Rasanya seperti dia tidak jadi untuk kembali membuat penurunan tetapi dia terus nak completekan pattern Double Bottom yang ia buat pada carta Daily

Pasaran GOLD meningkat mungkin dipengaruhi oleh penurunan hasil perbendaharaan AS yang menyusut sehingga 7% pada sesi New York semalam. Memang gila hahaha terus buat terjunan pandalela :LOL:

Jangkaan seterusnya mungkin ia akan terus membuat kenaikan dan menguji paras harga $1800 atau mungkin boleh menguji paras ATH sebelum ini sekitar $2000. Boleh jadi tak tuan @sankiss ?

cryptocurrency bitcoin GIF
 

sankiss

Active member
auIRH2Td

16 April, 2021

Akhirnya breakout yang kita tunggu-tunggu telah tiba. Jangkaan kita @Pak Man Forex untuk melihat triple bottom nampaknya meleset sama sekali. Sempat saya cover position 'Short' saya pada minggu lepas, ada yang 'profit' tapi ada juga yang 'loss', dan biarpun P&L dalam keadaan negatif untuk minggu ini yang penting pelan dagangan kita ada 'money management' ataupun bahasa mudahnya, akaun kita tak MC :ROFLMAO:

Penurunan hasil perbendaharaan AS betul-betul memberi impak kuat kepada pasaran emas. Dari sudut analisa teknikal pula, emas terus mencanak dan melepasi zon resistance dan juga MA 50 pada daily chart dan memberikan momentum untuk emas terus bergerak ke arah zon 1780-1800.

amHDQzac


Carta hasil perbendaharaan AS jelas menunjukkan downtrend untuk beberapa hari yang lepas. Saya jangkakan ianya masih kekal downtrend untuk beberapa hari lagi. Untuk pasaran emas mencapai harga sekitar 2000, sukar untuk saya bayangkan ianya terjadi tetapi bak kata @Pak Man Forex kejutan selalu berlaku di dalam pasaran emas ini.:cool:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Breakout yang paling dinantikan dalam beberapa minggu akhirnya tiba juga hahaha :ROFLMAO: :ROFLMAO:. Terbaiklah tuan @sankiss. Santai sahaja yang penting slowly but surely hehehe :love:.

Saya pun lihat begitu, seperti hasil perbendaharaan AS bakal membuat penurunan lagi. Kita nantikan pembukaan pasaran minggu hadapan bagi pergerakan seterusnya atau sebelum menutup pasaran pada malam ni mungkin GOLD akan beri kejutan lagi hahahaha

Pada harga $1800 bakal menjadi tumpuan utama untuk diperhatikan sama ada ia bakal meneruskan trend penurunan atau bakal membuat perubahan trend dan menguji paras harga $2000.

Tapi nak cerita kalau sikit tuan @sankiss hahahaha kalaulah saya hold lagi position pada minggu lepas mesti akaun saya bertambah meriah lagi hahahaha tapi sayang, saya dah close Jumaat lepas :LOL::LOL:
 

sankiss

Active member
Seperti yang dijangkakan tuan @Pak Man Forex harga pasaran emas semakin menghampiri nilai 1800. Syukur juga drawdown pada minggu lepas sudah recover pada minggu ini. Bagaimana tuan @Pak Man Forex pula?

jMT4YgLR


Analisa teknikal kekal tidak ada perubahan yang ketara pada trend, dan dapat dilihat trend kekal menaik. Dari sudut fundamental pula, peningkatan kes jangkitan covid-19 di serata dunia dilihat memberi impak kepada harga pasaran emas. Itu sahaja yang menarik sepanjang minggu ini untuk pasaran emas, dimana pasaran kripto lebih banyak menyaksikan aksi-aksi turun naik, jelas menunjukkan minat para pedagang global lebih ke arah pasaran kripto. Selamat berdagang! :cool:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Terbaik-terbaik. Sedikit sahaja lagi GOLD hampir ingin mencapai paras harga $1800.0 sebelum membuat penurunan sedikit

Betul tu tuan @sankiss, GOLD masih lagi uptrend dan kelihatan seperti paras harga sekitar $1800.0 bakal menjadi tumpuan untuk jangkaan pergerakan seterusnya, sama ada terus membuat kenaikan atau kembali membuat terjunan. Demand terhadap GOLD seperti sedang meningkat disebabkan kepada kebimbangan situasi covid-19 di seluruh dunia ketika ini juga kembali meruncingkan.

Disebabkan kejatuhan hasil perbendaharaan AS yang mendadak juga mempengaruhi pergerakan bagi harga GOLD untuk membuat kenaikan. Dapat dilihat dimana hasil perbendaharaan masih lagi dalam downtrend dan seperti sekarang ini sedang menguji zon support.

Cukuplah untuk minggu ini, kita nantikan pergerakan seterusnya menjelang penutup pasaran pada pagi esok dan pergerakan pada pembukaan pasaran pada hari Isnin nanti. Mantapp (y)
 

sankiss

Active member
4th May, 2021
eiPRBxZv

Nampaknya halangan pada 1800 betul-betul sukar dilepasi sepanjang minggu lepas, dan pada hari ini pasaran melakukan retrace daripada zon 1790 - 1800. Pasaran emas meneruskan pergerakan sideways dan saya jangka akan terus berada di dalam range sepanjang minggu ini, dan kita akan meneruskan penantian dengan penuh kesabaran.

Salam ramadhan @Pak Man Forex, apa khabar tuan? Semoga sihat sentiasa ya :cool:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Lama kita tidak berbicara mengenai GOLD hahahaha. Betul tu, kelihatan agak sukar untuk GOLD melepasi harga $1800.0. Pada malam tadi GOLD mencuba untuk membuat kenaikan dan menguji paras harga $1800.0 disebabkan oleh penurunan yang drastik daripada hasil perbendaharaan AS pada sesi New York malam tadi yang terus mempengaruhi USD untuk bergerak lemah

Tetapi penyusutan tersebut tidak kekal lama, apabila USD kembali mengukuh semula disebabkan oleh kenyataan Janet Yellan yang memberitahu bahawa kadar faedah perlu dinaikkan dan ia terus mendorong GOLD untuk membuat penurunan sehingga 250 pips

Kalau nak dilihat daripada carta ia masih lagi bergerak secara sideway pada TF H1 dan H4,, tetapi untuk TF Daily dan ke atas nampaknya GOLD masih lagi dalam keadaan Downtrend.

Jika pergerakan GOLD sentiasa menguji paras harga $1800.0. Berkemungkinan untuk ia menembusi paras harga tersebut mungkin akan terjadi. Takpe kita nantikan pergerakan seterusnya tetapi perlu berhati-hati juga jika ingin trade sebab pada hari Jumaat ini ada data NFP.

Khabar baik dan alhamdulillah sedang dalam keadaan yang sihat. Salam ramadhan juga dan salam PKP ermm :cry:

Bagaimana khabar tuan @sankiss ?
 

Ailgo

New member
Hi assalamu'alaikuum tuan/brade semua, Minta tolong veteren2 dan otai smua memberi tunjuk ajar kepada newbie seperti saya,

persoalan saya di price1782.7 , wajarkah digaris sebagi satu garisan key level. Dimana pada pada 5 may akan membuat resistant untuk menjunam dari key level tersebut
 

Attachments

  • Screenshot_2021-03-29-20-55-21-89.png
    Screenshot_2021-03-29-20-55-21-89.png
    46.9 KB · Views: 7

Pak Man Forex

Well-known member
Hi assalamu'alaikuum tuan/brade semua, Minta tolong veteren2 dan otai smua memberi tunjuk ajar kepada newbie seperti saya,

persoalan saya di price1782.7 , wajarkah digaris sebagi satu garisan key level. Dimana pada pada 5 may akan membuat resistant untuk menjunam dari key level tersebut
Waalaikumussalam, maksudnya bagaimana tu ? Kalau anda nak buat paras resistance dan support boleh juga rujuk seperti yang tuan @sankiss tunjukkan tu. Tapi kalau nak lebih mudah detect paras resistance dan support boleh juga gunakan Indikator Moshed Magic Line ini, insyaallah ia boleh membantu anda di dalam trading

 

Ailgo

New member
maksud saya untuk membuat garisan SSR dan MPL key level

Amat dikesali saya hanya mampu trade mnggunakan app phone buat masa ini. Tetapi jika ada cara app mt4 boleh install indicator ini , sila tunjuk ajar tuan
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top