📈 Technical Analisis Teknikal Pasaran Emas

Technical

Pak Man Forex

Well-known member
Betul-betul menanti dengan penuh cabaran untuk GOLD pada minggu ni. Dia berlegar-legar pada zon je hahahaha :LOL: :LOL: . Scalping je mampu untuk GOLD minggu ni ermmm. Minggu ini bukan minggu GOLD untuk bergerak ganas lagi :ROFLMAO:
 

Pak Man Forex

Well-known member
Seperti kata tuan @Pak Man Forex, memang penuh cabaran dalam penantian ini. Kalau lah malam ni emas tidak melakukan pergerakan, nampak gayanya akan bersambung lah penantian ini sehingga di minggu hadapan. :cool:
Itulah dan selalunya hujung bulan ini akan ada berlaku profit taking, lagi-lagi pada suku ketiga untuk tahun 2021 ermmm :unsure: . Takpe sama-sama kita nantikan pergerakannya, adakah akan mengganas lagi 🐻 hehehe
 

Pak Man Forex

Well-known member
Itu dia tuan @sankiss GOLD dah tunjuk belang dia balik untuk kembali mengganas hahaha :ROFLMAO: 300 pips terus dia terjun dah. Sekarang dia tengah cuba untuk masuk zon sebelum ni balik dan bagi pandangan saya mungkin ia akan membuat penurunan yang lebih rendah lagi

rich money GIF by Anderson .Paak
 

sankiss

Active member
Jika dilihat pasaran emas telah menembusi trendline, dan bagi saya sudah mencukupi syarat untuk memasuki pasaran. Setelah sekian lama menunggu dan melawan perasaan FOMO, akhirnya tiba masanya untuk melakukan position entry.

AABCB4E8-AC40-4629-8362-09365E19CF5F.png
 

sankiss

Active member
VsfEGur1

Pasaran emas melakukan lonjakan semalam apabila melakukan lantunan daripada zon support. Sekiranya gagal menembusi downtrendline, ianya akan memberi peluang untuk melakukan entry lagi sekali.
 

Pak Man Forex

Well-known member
VsfEGur1

Pasaran emas melakukan lonjakan semalam apabila melakukan lantunan daripada zon support. Sekiranya gagal menembusi downtrendline, ianya akan memberi peluang untuk melakukan entry lagi sekali.
Dia dah tembus trendline resistance semalam dan close dekat harga sekitar $1728. Dan hari ini pasaran tidak bergerak mungkin disebabkan oleh Good Friday. Nampak gayanya macam ia mungkin akan mencuba paras harga $1750 semula
 

sankiss

Active member
R3x3go2g

07/04/2021

Nampaknya zon resistance 1750 jelas sukar untuk ditembusi. Harga pasaran emas terus berlegar-legar di zon 1750 dan saya masih lagi hold entry position saya minggu lepas. Dari segi analisa teknikal, saya tidak ada analisis selain daripada market masih di dalam keadaan sideways. Mungkin tuan @Pak Man Forex boleh tambah analisis saya ini?
 

Pak Man Forex

Well-known member
Uishh dahsyat @sankiss masih hold position minggu lepas ya, saya haritu dapat kaut lah sikit and saya dah close position tu. Bagi saya mungkin ia akan membuat penurunan semula untuk menguji zon support sebelum ini di paras harga $1680 tetapi kalau ia melepasi paras harga $1750 mungkin ia akan mencapai zon $1800 semula.
 

Pak Man Forex

Well-known member
Tuan @sankiss nampaknya GOLD terus membuat kenaikan mendadak ea pada malam tadi :oops:. Macam mana position tuan @sankiss ?

Bagi saya kalau tengok kepada analisa GOLD yang close candle daily di paras harga $1750 berkemungkinan ia akan membuat kenaikan dan mencapai ke sekitar harga $1800 disebabkan sekarang ini dapat dilihat kepada carta indeks dolar dan hasil bon AS seperti akan membuat penurunan lagi. Bagaimana pendapat tuan @sankiss apabila GOLD close candle daily melepasi harga $1750 ?
 
Last edited:

sankiss

Active member
Pasaran emas betul-betul mengganas tuan @Pak Man Forex sehingga candle bullish terhasil jelas menunjukkan pasaran akan terus melakukan kenaikan. Position saya hampir trigger SL apabila High candle semalam mencapai paras 1758.66

Chart pattern yang seakan-akan double bottom juga dapat kita lihat dan jangkaan saya harga emas akan terus naik lagi. Jika breakout semalam valid maka next entry saya ialah apabila pasaran melakukan retracement sebelum meneruskan pergerakan merentas zon resistance ini.

Penurunan 10Y US yield juga mempengaruhi harga pasaran emas dan analisis tuan @Pak Man Forex memang tepat sekali. Memang mantap betul analisis tuan @Pak Man Forex (y)
 

Pak Man Forex

Well-known member
Nicee (y) tapi kena berjaga-jaga juga dengan GOLD ni sebab dia selalu beri kejutan yang tak disangka-sangka hahahaha :ROFLMAO::ROFLMAO: tapi kalau nak diikutkan USD dan hasil bon AS masih lagi menyusut dan tidak ada apa-apa news yang akan mendatang untuk menggangu pergerakan matawang USD.

Dan boleh dilihat pada chart daily dia seperti sedang menyelesaikan pattern double bottom dan target price saya mungkin ia akan mencapai ke sekitar harga $1800. Tetapi dapat dilihat juga pada chart daily dan weekly ia seperti masih dalam pergerakan downtrend.

Bagaimana pendapat tuan @sankiss ?
 

Latest posts

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top