Analisa Teknikal Kripto-Kripto Non-Fungible Token (NFT) Yang Berpotensi!

Wen

Well-known member
Axie Infinity (AXS) Secara Konsisten Meroket Lebih 400% Rekodkan ATH Terbaru!

AXS Edited 8.7.21.jpg

Ledakan dalam ekonomi kreatif 'play-to-earn' yang terdiri daripada non-fungible token (NFT) telah membuat kejutan dalam pasaran 'market crash' yang belum pulih sepenuhnya telah menjadi perhatian dalam pasaran kripto.

Axie, sebuah projek yang di inspirasikan daripada permainan popular pokemon adalah salah satu coin yang kurang dikenali para pelabur telah mencetuskan revolusinya dalam industri NFT mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru berturut-turut dalam beberapa hari yang lalu.

Apa yang lebih mengagumkan ialah Axie Infinity telah menjana lebih banyak pendapatan daripada Aave, Compound, Uniswap, dan protokol kewangan yang tidak berpusat (DeFi) sejak 30 hari lalu.

Axie Infinity menjana pendapatan daripada Axie sales, land sales, axie breeding fees dan yuran pasaran.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga AXS/USDT.

Sewaktu artikel analisa AXS dikeluarkan beberapa hari yang lalu, AXS di dagangkan sekitar harga $8.0 menghasilkan lebih 170% kenaikan positif.

Namun, secara konsistennya pergerakan harga telah menghasilkan lebih $400% kenaikan daripada hujung bulan Jun sehingga semalam dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $16.61.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan momentum kenaikan dan telah melepasi ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $13 dimana pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas paras tersebut samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan kenaikan.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, paras resistance sekitar $15 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru sekali lagi.

Manakala, jika pergerakan harga AXS kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS sekitar $13 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah dan bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur.

Sewaktu penulisan, AXS/USDT didagangkan pada harga sekitar $14.7 dengan nilai pasaran lebih $898 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin AXS sekaligus mengambil alih top 100 dalam pasaran dengan kedudukan ke-81.

Lihat gambar carta matawang kripto AXS/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Lama dorg develop game ni. Dari 2018, sekarang baru meletup
 

Wen

Well-known member

Ada yang kaki game dan pemegang kripto AXS dan SLP dalam ni tak.? Coin ni ramai yang belum tahu tapi game dia semua menarik. Coin ni skg tengah menggila.๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€ baca Link di bawah saya share ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club

Ada yang kaki game dan pemegang kripto AXS dan SLP dalam ni tak.? Coin ni ramai yang belum tahu tapi game dia semua menarik. Coin ni skg tengah menggila.๐Ÿš€๐Ÿš€๐Ÿš€ baca Link di bawah saya share ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡


Macam menarik ni
 

Wen

Well-known member

SLP 12.7.21.jpg

Haiwan Peliharaan Digital (SLP) Tunjuk Taring Dengan Lonjakan Kukuh Harga!​


Small love Potion (SLP) sebuah token ERC-20, diperolehi dengan bermain permainan Axie Infinity yang berfungsi sebagai pengganti untuk point experience (EXP).

SLP digunakan untuk membiak haiwan peliharaan digital yang baru, dikenali sebagai Axie.

Uniknya, ia seperti Nintendo yang memutuskan untuk mengikat nilai wang kepada coin yang digunakan dalam Super Mario.

Terbaru, SLP telah menawarkan keuntungan yang luar biasa kepada para pelabur yang menggemari industri gaming. Impak kenaikan tersebut didorong oleh kemasukan ramai pengguna baru ke dunia permainan pertempuran digital haiwan peliharaan di dunia Axie Infinity.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga SLP/USDT.

Selepas SLP tersenarai dari Binance pada 30 April 2021, SLP berjaya mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru di paras harga $0.41 dalam rekod pasaran.

Manakala, pada pembukaan pasaran bulan Julai sehingga kini, SLP telah membuat kenaikan secara positif dengan menghasilkan lebih 120% lonjakan yang menjadi perhatian para pelabur, juga menerima perhatian yang luas oleh pengguna daripada beberapa negara mengenai penyertaan permainan tersebut.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar untuk mengekalkan momentum kenaikan samada membuat pembetulan harga (correction) atau bakal meneruskan kenaikan.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum tersebut, zon resistance sekitar $0.31 bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga SLP kembali menunjukkan trend penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $2.4 sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, SLP/USDT didagangkan pada harga $0.29 melonjak lebih 21% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-256 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto SLP/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Phew! Masih unggul tiga aset berkaitan NFT ini walaupun kegawatan pasaran kripto!

Baca di sini:
 

Wen

Well-known member
Lonjakan 200% Tempatkan Sandbox (SAND) Hampir Dalam Carta Top-100

sand 15.7.21.jpg

Sandbox bertujuan ke arah metaverse, dimana pengguna boleh memasuki dunia realiti maya (VR) dengan NFT dan tadbir urus yang tidak berpusat, menggunakan "play to earn model" di mana pemain boleh mendapatkan matawang kripto untuk bermain permainan.

Sandbox baru-baru ini mengumumkan kerjasamanya dengan Skybound Entertainment yang membawa The Walking Dead Comics, mungkin telah memberi impak lonjakan harga.



Menarik lagi, pelabur telah membeli CryptoPunks, Meebits dan Bored Ape Yacht Club NFT dengan nilaian ribu ringgit, dan beberapa pelabur ini pergi ke metaverse Sandbox untuk mempamerkan koleksi mereka.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga SAND/USDT.

Sewaktu artikel analisa Sandbox dikeluarkan pada awal bulan Julai lalu, Sandbox didagangkan sekitar harga $0.22, namun kini telah menghasilkan lebih 200% kenaikan secara positif.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan momentum kenaikan dan telah melepasi ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $0.60 dimana pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas paras tersebut samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan kenaikan.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, paras resistance sekitar $0.70 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru sekali lagi.

Manakala, jika pergerakan harga Sand kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS sekitar $0.60 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah dan bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur.

Sewaktu penulisan, SAND/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.67 melonjak hampir 60% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin Sand sekaligus hampir mengambil alih top 100 daripada kedudukan ke-161 sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto SAND/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Fakhrii

Well-known member
Nahhhhh Dahsyat Betul! TVK Terus Mencanak-Canak Tunjuk Aksi Lagak Ngeri

maxresdefault.jpg

Setakat pertengahan bulan Julai sahaja, pegerakan harga TVK telah mempamerkan kenaikan melebihi 200% jika dilihat kepada carta TVK/BUSD.

Menerusi kenaikan tersebut, harga TVK terus mencatat paras tertinggi terbaru bagi bulan Julai dan kekal untuk bergerak dengan trend bullish.

Harga dijangka bakal kembali menguji paras resistance yang sukar ditembusi pada penghujung pasaran Mei sekitar $0.28 jika pergerakan harga TVK mengekalkan corak kenaikan.

Sekiranya paras resistance $0.28 berkenaan berjaya ditembusi, zon resistance berikutnya sekitar $0.34-$0.36 akan kembali diuji.

Pengukuhan lonjakan dilihat bakal menyokong harga TVK untuk melonjak lebih tinggi dan menguji semula paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $1.24.

Namun jika pergerakan harga TVK kembali membuat penurunan, paras RBS (resistance become support) $0.18 akan menjadi paras tumpuan untuk dituju.

Jika penurunan harga terus berlaku, kemungkinan harga bakal kembali menguji zon RBS yang terendah sekitar $0.12-$0.13.

Terra Virtual Kolect.jpg


Rasanya boleh pacak tinggi lagi tak TVK ni ? Ermm :unsure:
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Nahhhhh Dahsyat Betul! TVK Terus Mencanak-Canak Tunjuk Aksi Lagak Ngeri

View attachment 3114

Setakat pertengahan bulan Julai sahaja, pegerakan harga TVK telah mempamerkan kenaikan melebihi 200% jika dilihat kepada carta TVK/BUSD.

Menerusi kenaikan tersebut, harga TVK terus mencatat paras tertinggi terbaru bagi bulan Julai dan kekal untuk bergerak dengan trend bullish.

Harga dijangka bakal kembali menguji paras resistance yang sukar ditembusi pada penghujung pasaran Mei sekitar $0.28 jika pergerakan harga TVK mengekalkan corak kenaikan.

Sekiranya paras resistance $0.28 berkenaan berjaya ditembusi, zon resistance berikutnya sekitar $0.34-$0.36 akan kembali diuji.

Pengukuhan lonjakan dilihat bakal menyokong harga TVK untuk melonjak lebih tinggi dan menguji semula paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $1.24.

Namun jika pergerakan harga TVK kembali membuat penurunan, paras RBS (resistance become support) $0.18 akan menjadi paras tumpuan untuk dituju.

Jika penurunan harga terus berlaku, kemungkinan harga bakal kembali menguji zon RBS yang terendah sekitar $0.12-$0.13.

View attachment 3115

Rasanya boleh pacak tinggi lagi tak TVK ni ? Ermm :unsure:
Anak ikan mas ni, untung la sape sauk pada harga lantai tu..
 

Wen

Well-known member
Game 'NFT' Axie Infinity (AXS) Membuat Player Untung, Mengatasi Bitcoin dan Ethereum!

axie-infinity-dapp.jpg

Pada masa akhbar, Axie terus mempamerkan jumlah dagangan yang semakin meningkat dari hari ke hari, sekaligus memecah masuk ke dalam senarai matawang kripto 50 teratas yang terdapat di pasaran hari ini.

Pandangan perspektif, sejak 7 Julai yang lalu, matawang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum, Binance coin dan Cardano masing-masing susut, namun mengagumkan AXS menghasil 120% lonjakan sejak dari itu sehingga semalam.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga AXS/USDT.

Sewaktu artikel analisa AXS dikeluarkan pada minggu lalu, AXS di dagangkan sekitar harga $14.7, kini menghasilkan hampir 100% lonjakan secara drastik.

Namun, secara konsistennya pergerakan harga telah menghasilkan lebih 370% kenaikan pada pasaran bulan Julai sehingga semalam dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $22.8.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan trend Bullish dan telah melepasi ruangan zon Resistance sekitar $24 dimana pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar diatas paras tersebut samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, ia bakal mencatatkan lagi paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru jika mempunyai sentimen yang konsisten untuk AXS.

Manakala, jika pergerakan harga AXS kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon Resistance sekitar $24 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau sekadar retracement.

Ketika penulisan, AXS/USDT didagangkan pada harga sekitar $28 dengan nilai pasaran meningkat lebih $1.7 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin AXS kini berada di kedudukan ke-49 dalam pasaran.

Lihat gambar carta matawang kripto AXS/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

axie 15.7.21.jpg



 

Wen

Well-known member
Fenomena NFT Semakin Hangat, Ethernity Chain (ERN) Sebuah ANFT Pamerkan Lonjakan Kejam!

7078.jpg

Baru-baru ini, CONMEBOL telah bekerjasama dengan Ethernity Chain untuk menjulang trofi sebagai NFT, bagi memperingati Copa America ke-47, sesi lelongan itu terjual dengan harga sekitar RM74,722.


View: https://twitter.com/EthernityChain/status/1415809482140131336?s=20


Copa America ke-47, kejohanan bola sepak utama untuk pasukan antarabangsa Amerika Selatan, menyaksikan keputusan berpihak kepada Argentina menewaskan Brazil 1-0 dalam perlawanan akhir.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga ERN/USDT.

Sewaktu artikel analisa ERN dikeluarkan pada awal bulan Julai lalu, ERN didagangkan sekitar harga $5.6, namun kini telah menghasilkan 90% kenaikan secara positif.

Ekoran itu, pergerakan harga secara konsistennya terus mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru berturut-turut, mencapai harga $10.6 sejak semalam.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan momentum Bullish dan telah melepasi ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $9.0 dimana pergerakan harga dilihat sedang berlegar-legar samada membuat pembetulan harga (correction) atau meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, paras Resistance sekitar $10 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru.

Manakala, jika pergerakan harga ERN kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS sekitar $9.0 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau sekadar retracement, dan bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur.

Sewaktu penulisan, ERN/USDT didagangkan pada harga sekitar $9.5 melonjak lebih 45% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin ERN sekaligus mengambil tempat ke-259 daripada kedudukan ke-372 sebelum ini dalam pasaran.

Lihat gambar carta matawang kripto ERN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

ern 16.7.21.jpg
 

Wen

Well-known member
Alien Worlds (TLM) Punyai Unsur NFT, Tanpa Disedari Meroket 350%!

607f8d6202a5921e6c4e12d2_Alien World-20.jpg

Alien Worlds merupakan metaverse NFT Defi, dan Trilium (TLM) merupakan token aslinya.

Ia memanfaatkan unsur-unsur teknologi DeFi dan NFT dimana menyediakan permainan yang menarik dan tidak berpusat kepada pemain, juga mensimulasikan persaingan ekonomi dan kerjasama antara pemain.

Alien World juga memberi insentif kepada pemain bersaing untuk Trilium (TLM) yang diperlukan untuk mengawal persaingan pertubuhan autonomi yang tidak berpusat ("Planet DAOs").

Menariknya, pemain boleh memperoleh NFT (item permainan digital) untuk melombong TLM serta terlibat dalam pertempuran dan menyelesaikan pencarian dalam permainan (game quests).

Sementara itu, melihat kepada carta pergerakan semasa harga TLM/USDT

TLM yang baru sahaja tersenarai di platform Binance pada 13 April 2021 telah berjaya mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai paras harga $5.95.

Pada pembukaan pasaran bulan Julai, secara konsistennya TLM menyaksikan isyarat positif menghasilkan lebih 350% lonjakan sehingga semalam yang menjadi perhatian para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga TLM dilihat sedang menyaksikan pergerakan yang lemah dan sedang memasuki ruangan zon RBS (resistance become support) sekitar $0.21.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan corak penurunan, zon SBR sekitar $0.21 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Namun jika pergerakan harga kembali mencorakkan trend kenaikan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon SBR (support become resistance) sekitar $0.25 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Ketika penulisan, TLM/USDT didagangkan pada harga sekitar $0.20 susut lebih 27% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-236 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto TLM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

TLM 16.7.21.jpg
 

Wen

Well-known member
Messi 'Rembat' Ethernity Chain (ERN) Hingga Catat Paras Ketinggian Baru

messi-nft-732x412.jpg

Ethernity Chain sekali lagi pamerkan lonjakan kejam meroket lebih 50% pada semalam sehingga sesi dagangan hari ini, catatkan nilai tertinggi sekitar $12.75.

Lonjakan harga tersebut dipengaruhi oleh tindakan Messi mengumumkan video pendek di profil Instagramnya pada malam tadi, yang berkerjasama dengan Ethernity Chain untuk melancarkan koleksi NFT bernama Messiverse.

Kedudukan ke-289 dalam pasaran, tetapi Ethernity Chain telah mengatasi beberapa matawang digital pada pasaran bulan Ogos dengan menghasilkan 66% lonjakan secara drastik.

Memiliki permodalan pasaran lebih $116 juta dengan mencatatkan jumlah dagangan lebih $80 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga ERN/USDT.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga nampaknya tidak dapat mengekalkan kenaikan secara konsisten dan sedang berlegar-legar diatas zon RBS (resistance become support) sekitar $10.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan pergerakan harga yang lemah, zon RBS sekitar $10 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Manakala, jika pergerakan harga ERN kembali menunjukkan trend bullish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon Resistance sekitar $12.2 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau membuat paras tertinggi terbaru.

Sewaktu penulisan, ERN/USDT didagangkan pada harga sekitar $10.5 melonjak lebih 25% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ERN/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

ern 5.8.21.jpg
 

Wen

Well-known member
Menakjubkan! Axie Infinity Cantas Prestasi Kebanyakan Kripto!

axs 11.8.21.jpg


Semakin mendapat perhatian, Axie Infinity telah memunjukkan satu penumbuhan yang menakjubkan dalam pasaran mencantas beberapa matawang digital.

Axie telah mencatatkan lebih $5.5 bilion jumlah dagangan dalam tempoh 24 jam, sekaligus memecah masuk ke dalam senarai matawang kripto 30 teratas.

Sesi dagangan semalam menghasilkan hampir 50% lonjakan, mengakhiri paras harga $61,85.

Peningkatan teknologi dan industri permainan dunia mendorong ramai pelabur semakin menggemari permainan Axie kerana mempunyai ciri-ciri permainan yang menarik dan mendapat daya tarikan yang luas.

Terbaru, WazirX sebuah pertukaran matawang kripto terbesar di India telah menyenaraikan Axie ke dalam platform tersebut.


View: https://twitter.com/WazirXIndia/status/1423598483240542208?s=20


Menarik jika teliti carta pergerakan semasa harga AXS/USDT.

Sewaktu artikel analisa AXS dikeluarkan pada pertengahan bulan Julai, AXS di dagangkan sekitar harga $28.

Secara konsistennya telah menghasilkan lebih 160% lonjakan secara drastik mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru mencapai harga $74 sehingga sesi dagangan hari ini.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih kekal dengan trend Bullish dan sedang berlegar-legar didalam ruangan zon resistance sekitar $71.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya pergerakan harga kekal dengan momentum pergerakannya, ia bakal mencatatkan lagi paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru jika mempunyai sentimen yang kuat untuk AXS.

Manakala, jika pergerakan harga AXS kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $60 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang terendah.

Ketika penulisan, AXS/USDT didagangkan pada harga sekitar $70 melonjak lebih 57 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto AXS/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 

Wen

Well-known member
First post INTRADAY dulu baru je $14.
Sekarang dh naik $70
Pakcik kayoo
ada lagi awal Intraday keluarkan .. masa tu harga lantai lagi .. masih sekitar $8 masa tu .. skrg dah naik tinggi.. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

 
Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Gotchi bakal diburu, sementara kripto Aavegotchi (GHST) jadi buruan pelabur kripto susulan lonjakan drastik harga yang dipaparkan. Baca di sini:

 
  • Like
Reactions: Wen

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play โ–ถ๏ธ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top