Anak Muda Malaysia Ini Cipta Nama Sebagai Pereka Kasut Terkenal Di Jepun. Wow!

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
4250.jpg
Shahnun Said, 36, telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk mencipta dan menghasilkan rekaan terkini kasut tiga syarikat pengeluar utama produk berpangkalan di Jepun iaitu jenama Dragon Beard, Top Seven dan Premier Seven yang memasarkan kasut rekaannya ke pasaran Korea, China, Amerika Syarikat serta Eropah.


"Saya sama sekali tidak menyangka mampu membina nama sebagai pereka kasut di Jepun. Kisahnya bermula lebih 16 tahun lalu, selepas tamat sekolah menengah dan memperoleh keputusan SPM kurang cemerlang, saya agak kecewa dan terkilan.

“Oleh kerana tidak mahu menghampakan harapan keluarga yang mahu melihat saya berjaya seperti kakak, saya tekad mengubah nasib dengan mendalami bidang yang saya minati,” kata pemuda kelahiran Kuala Lumpur.

Menurut Shahnun, arwah bapanya, Prof Madya Mohd Said Kadis merupakan antara pembuka jalan buat dia untuk mengubah nasib hidupnya​

51bf.png

Arwah bapanya yang juga merupakan bekas pensyarah bidang Fizik di Universiti Malaya (UM) kerap kali berulang-alik ke Jepun kerana tuntutan tugas sering mengongsikan pengalaman beliau kepadanya.

“Ayah juga adalah pengasas program Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun (RPKJ) di UM. Setiap kali pulang dari Jepun, ayah berkongsi pengalaman dan cerita menarik tentang Jepun, sekali gus memupuk minat saya terhadap negara itu.
“Secara kebetulan, saya ditawarkan biasiswa mendalami Bahasa Jepun sebelum menyambung pelajaran ke Kyoto University dalam bidang reka bentuk seni bina,” katanya.

“Sejurus tamat pengajian, saya cuba menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk menjadi tenaga pengajar di universiti bagi kursus Creative Thinking, Interpreter di sebuah kilang Jepun, selain turut aktif dalam bidang nyanyian sebelum menyedari minat saya sebenarnya terarah kepada dunia fesyen,” tambahnya lagi.



Kata Shahnun, “Bagi saya, kerjaya arkitek tidak banyak beza dengan pereka kasut kerana kedua-dua bidang itu mementingkan keseimbangan dan struktur.

“Ketika menghadiri temu duga, idea dan hasil rekaan kasut saya berjaya menarik minat majikan sebelum ditawarkan bekerja di sebuah syarikat di Osaka.

“Hampir setiap bulan saya perlu melawat kilang pembuatan untuk memastikan kualiti kasut kami terjamin, malah saya juga berpeluang menghadiri ‘fashion week’ di luar negara setiap musim untuk membuat penyelidikan selain mencari ilham,” katanya yang telah membina nama di negara itu sejak tujuh tahun lepas. Sumber https://www.instagram.com/shahnun_said/

Boleh lihat antara rekaan kasut jenama Premier Seven di bawah:

View: https://youtu.be/D5gw5BTt1jw



Siapa yang tahu tentang kasut jenama Premier Seven ni? Komen sikit kat bawah 👇
 
Last edited:

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top