Ada Hujan Duit Di Hartalega Holding Bhd ?

Fakhrii

Well-known member
Hartalega Holding Bhd mencatatkan keuntungan yang luar biasa

1611630943196.jpeg

KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi RM1.01 bilion bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2020, peningkatan ketara sebanyak 728 peratus berbanding RM122 juta pada suku tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukainya bagi suku dikaji berjumlah RM1.35 bilion, manakala hasil melonjak kepada RM2.13 bilion.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2020, kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.78 bilion, peningkatan ketara berbanding RM320 juta pada suku tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai mencecah RM2.30 bilion, manakala hasil berjumlah RM4.40 bilion.

Prestasi kumpulan dipacu oleh hasil jualan lebih tinggi yang diraih daripada jumlah jualan dan harga jualan purata lebih tinggi.

Pencapaian turut disokong oleh penurunan kos tenaga elektrik dan penyelenggaraan hasil daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kecekapan pengeluaran.

Pendapatan sesaham (EPS) bagi suku ketiga meningkat kepada 29.31 sen manakala bagi tempoh kumulatif EPS melonjak kepada 51.68 sen.

Nilai aset bersih sesaham berada pada RM1.22 setakat pada 31 Disember 2020.

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top