7 Berita Forex Penting Minggu Ini (14-18 Disember 2020)

Wen

Well-known member

What-is-Forex-Trading (1).jpg


7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 Disember 2020)

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini
Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Jerman (Rabu 4.30 PM)

Laporan versi awal untuk mengukur ekonomi terbesar Eropah sama ada berkembang atau menguncup akan menjadi petunjuk buat pelabur. Jangkaan bacaan bagi bulan Disember mencatatkan angka yang baik.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Rabu 10.45 PM)

Walaupun Amerika Syarikat dilihat berdepan gelombang terbaru pandemik,namun sektor pembuatan dan perkhidmatan pamerkan aktiviti yang memberangsangkan sejak Ogos

Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 AM)

Menjadi tumpuan pelabur,Federal Reserve (Fed) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah diparas 0.25%.Namun, kenyataan susulan ahli mesyuarat dan gabenor akan memberi petunjuk terhadap polisi bank pusat di masa hadapan.

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 AM)

Pasaran akan menjangkakan ekonomi Australia bakal mencatatkan pertambahan pekerjaan yang lebih rendah untuk bulan November berbanding lonjakan pada bulan sebelumnya.Kadar pengangguran pula dijangka tidak berubah.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 PM)

National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah diparas terendah -0.75% sementara kenyataan susulan bank pusat akan diberi tumpuan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 PM)

Bank of England (BOE) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah diparas 0.10% selepas bank pusat menurunkan ke paras terendah tersebut pada Mac lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat)

Bank of Japan (BOJ) masih dijangka untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah pada -0.10% dengan legasi Abenomics di teruskan oleh Perdana Menteri Jepun yang baru.

SUMBER
 

Wen

Well-known member
Membaca Berita Forex Harian Sebelum Trading akan Sangat Bermanfaat


7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Jan 2021)

Berikut merupakan data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang pasaran minggu ini

Data PMI Pembuatan Zon Eropah ( Isnin 5.00 Petang)

Sektor pembuatan di zon Eropah khusunya di Jerman kekal menunjukkan angka bacaan yang berada di paras yang sihat dengan jangkaan bacaan terbaru akan turut baik

Data PMI Pembuatan UK ( Isnin 5.30 Petang)

Sektor pembuatan di UK juga kekal di paras angka yang tinggi menunjukkan pengembangan terbaik dalam tempoh 3 tahun

Data PMI Pembuatan AS Tinjaun ISM ( Selasa 11.00 Malam)

Walaupun kekal berdepan krisis pandemik dengan angka kes tertinggi di dunia,Amerika Syarikat berjaya mengekalkan sektor ekonomi pada kadar yang baik sehingga menjelang tahun yang baru

Minit Mesyuarat FOMC ( Khamis 3.00 Pagi)

Minit FOMC yang diterbitkan akan menjadi tumpuan pelabur untuk meneliti butiran polisi akhir pada mesyuarat terakhir 2020. Dengan peloonggaran lebih lanjut oleh Fed, pasaran akan menjangkakan nada dovish pada minit

Minit Mesyuarat ECB (Khamis 8.30 Malam)

Bank pusat Eropah akan menerbitkan minit untuk mesyuarat November 2020. Dengan paras inflasi yang rendah,pelabur akan meneliti petunjuk untuk rancangan tambahan pelonggaran ECB pada tahun 2021

Laporan Pekerjaan NFP AS ( Jumaat 9.30 Malam)

Menjadi data tumpuan utama di awal bulan,data pekerjaan di Amerika Syarikat akan memberi impak besar terhadap pasaran kewangan.Dijangka angka pertambahan pekerjaan lebih rendah untuk Disember 2020 manakala kadar pengangguran sedikit meningkat

Laporan Pekerjaan Kanada ( Jumaat 8.30 Malam)

Diterbitkan bersama laporang NFP,data pekerjaan Kanada akan memberi impak terhadap dagangan dolar Kanada.Pada November,kadar pengangguran telah mencatatkan kejatuhan untuk bulan keenam berturut-turut

SUMBER
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top