Fakhrii
Well-known member
3 KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN PARA TRADER
Mengikut kajian hampir 90% trader gagal meneruskan perjalanan dalam bidang forex trading. dan hanya 10% sahaja trader yang berjaya menjana profit dengan konsisten.
Ramai yang tertanya-tanya apa kesilapan yang diulangi oleh majoriti trader yang gagal bertahan dalam trading
Kenapa ? Apa sebabnya ? Antara sebab yang sering dilakukan oleh trader yang tidak dapat konsisten ialah :
1. GAGAL MENCIPTA STRATEGI TRADING YANG BETUL
Ini antara yang menjadi faktor utama seorang trader gagal untuk berjaya dalam forex trading. Seorang trader memerlukan strategi trading yang tepat untuk dirinya sendiri dan bukan terikut-ikut cara orang lain
Pelbagai aspek yang menyebabkan trade menjadi sukar seperti pemilihan pair yang tidak tepat, tambahan indikator yang terlalu banyak dan pelbagai lagi. Perkara ini akan menambahkan lagi tekanan kepada trader untuk fokus.
2. GAGAL KAWAL EMOSI
Perkara kedua seperti yang ramai sering lakukannya dan pasti akan tersenyum melihat kesilapan ini
Ramai trader yang memiliki sistem trading yang bagus, namun kelemahan adalah apabila emosi sukar dikawal dengan sebaiknya
Terutamanya apabila berdepan cabaran dalam trading seperti situasi analisis yang tidak menepati jangkaan, berdepan kerugian dan sebagainya
Kita dapat lihat persamaan pada pelabur-pelabur ternama yang telah berjaya adalah mereka mempunyai disiplin yang tinggi dan kawalan emosi yang cukup baik
Emosi menjadi musuh utama kepada setiap trader. Belajar untuk kawal emosi anda supaya hasil trading akan lebih baik di masa hadapan
3. GAGAL MENGURUSKAN RISIKO YANG BERKESAN
Jika anda trade tanpa anda sendiri tahu apa yang sedang anda lakukan, anda sebenarnya sedang perjudikan akaun anda
Ramai trader gagal mengawal risiko dengan betul sehinggakan peluang untuk mereka menjana profit dalam forex semakin tipis
Jadi untuk mengurangkan risiko. pertama sekali trader wajib menambah ilmu pengetahuan dalam trading dengan mengkaji formula yang tepat setiap kali masuk dalam pasaran
Kesimpulannya, jika anda seorang trader dan anda masih melakukan 3 perkara yang disebutkan di atas, boleh lah untuk elakkan kesilapan-kesilapan tersebut dan bermula semula dengan cara trading yang betul
Semoga semua trader akan terus berjaya dan konsisten
Mantapp
SUMBER