10 Gamers Paling Kaya Dan Berharta Di Dunia Pada 2020

Wen

Well-known member

10 Gamers Paling Kaya Dan Berharta Di Dunia Pada 2020​


E sukan sudah terbukti menjadi salah satu lubuk duit kepada para gamers profesional. Yang penting tahu cara untuk menggalinya dan berada di pentas yang betul.


Berikut adalah 10 gamers yang memiliki nilai kekayaan yang luar biasa menurut kajian dikeluarkan oleh Ordinary Review



10. Maroun “GH” Merhej — $4.1 juta
maroun-gh.jpg



GH adalah nama asing ketika beliau diumumkan menyertai Team Liquid pada lewat 2016.
Namun selepas itu, dia telah menjadi salah seorang gamers yang sangat berpengaruh. Beliau membantu Team Liquid menang banyak kejohanan termasuk yang paling besar adalah The International 2017.
GH turut bersama Team Liquid ketika mereka menjadi naib juara dalam The International 2019.

9. Ivan “MinD_ContRoL” Ivanov — $4.5 juta​

ivan.jpg

Bekas ahhli 5Jungz yang masih tinggal. Pasukan yang ditubuhkan oleh KuroKy pada 2015.
MinD_ContRoL setia bersama kaptennya dalam susah dan senang. Dan dia juga mendapat banyak kejayaan di atas kepercayaan itu.
Namun pada 2019, beliau gagal membantu Team Liquid untuk menjuarai The International 2019.
Beliau tetap menjadi salah seorang pemain Dota 2 yang paling bernilai.

8. Amer “Miracle-” Al-Barkawi — $4.7 juta​

amer-al-barkawi-768x512-1.jpg

Dah macam bunyi Amerreka pulak kan. Seorang lagi teammate lama Kukorky yang masih lagi dianggap sebagai pemain Dota 2 paling berskil tinggi.
Beliau ada dua team yang padu ketika era profesional iaitu OG dan juga Team Liquid. Amer mula berjinak jinak dalam dunia Dota sejak 12 tahun, bermain Dota 1 dengan abangnya.
Pada tahun 2019, beliau menjadi penerima bayaran kedua tertinggi daripada Dota 2.


7. Kuro “KuroKy” Salehi Takhasomi — $5.1 juta​

kuroki.jpg

Jika NOtail dianggap GOAT dalam Dota 2, maka KuroKy antara salah seorang pemain yang boleh mencabar tahta itu.
Beliau menjadi profesional sejak berusia 16 tahun lagi. Sudah menikmati banyak kejayaan di dalam arena. Malah memegang rekod satu satunya pemain yang tampil dalam kesemua acara TI.
Beliau menyertai lebih daripada 95 pertandingan Esport. Pada 2019, beliau menjadi penerima cek tertinggi dari Dota 2.

6. Topias “Topson” Taavitsainen — $5.4 juta​

topias.jpg

Dikenali dengan gaya permainan unik dan pelik – maka dia sudah mulai digelar pemain yang unconventional di lapangan.
Topias “Topson” Taavitsainen juga dikira pemain paling berjaya di kalangan 5 pemain OG.


Menjadi pemain tunggal dalam sejarah yang memenangi kesemua acara Dota 2 di TI yang beliau sertai.
Rekod itu akan semakin sukar dicabar jika Topson menang lagi dalam The International 2020.

5. Sébastien “Ceb” Debs — $5.4 juta​

sebastien-ceb.jpg

Ceb merupakan pemain OG keempat dalam senarai 10 teratas ini. Malah dianggap gamers paling memberikan inspirasi.
Ini kerana, sepanjang kariernya dia dianggap pemain yang bersih. Dan beliau juga menjadi coach yang membantu OG memenangi beberapa pertandingan.


4. Anathan “Ana” Pham — $6 juta​

anathan-pham.jpeg

Pemain yang memiliki skil yang gila dalam Dota 2. Di bawah bimbingan N0tail dan bekas kapten OG Tal “Fly” Aizik, Ana mengalami banyak kejayaan pada tahun pertamanya sebagai seorang profesional, memenangi dua Valve Majors.
Namun, tidak sampai dua tahun kemudian, Ana akan memulakan legasinya sebagai salah seorang yang terbaik untuk bermain Dota 2.
Ana juga antara prospek yang boleh mencabar hiatus N0tail.

3. Jesse “JerAx” Vainikka — $6.4 juta​

jesse-vainikka-1024x576.jpg

Rakan sepasukan N0tail dengan OG yang dianggap teamplayer paling penting setiap kali beraksi.
Bekas seteru kepada N0tail, pemain Dota 2 profesional dari Finland ini sebelum ini bermain untuk Team Liquid dengan seorang lagi legenda Dota 2 iaitu “KuroKy” Salehi Takhasomi.
Namun, pada tahun 2016, JerAx menyertaiOG. Selebihnya adalah sejarah. Dan beliau sudah rasmi bersara selepas kemenangan kedua dalam TI di The International 2019.

2. Johan “N0tail” Sundstein – $6.8 juta​

notail-1-768x512-1.jpg

Johan “N0tail” Sundstein digelar the GOAT of Dota 2 aka Greatest Of All Time. Beliau akan menjadi nama pertama yang berada di Hall Of Fame Dota 2.
Sekarang adalah satu-satunya kapten pasukan Dota 2 profesional yang pernah memenangi The International dua kali – secara back to back.
Selain itu, N0tail juga merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemain di Dota 2 yang telah memenangi beberapa Valve Majors, di mana dia mempunyai 4 kejuaraan bersamanya.


Dengan OG yang masih kuat, N0tail dilihat masih berupaya mengukuhkan statusnya sebagai pemain terhebat dalam sejarah Dota 2 dengan kemenangan ketiga berturut-turut.

1. Tyler “Ninja” Blevins — $15 juta​

tyler-blevins.jpg

Ninja adalah gamers yang paling dikenali pada dekad 2010-an.
Mencipta nama dengan permainan popular seperti Fortnite, PlayerUnknown’s Battlegrounds. Beliau menggunakan gaya personalitinya yang mesra dan menghiburkan.
Dengan kontrak mega lumayan bersama dengan Mixer, Ninja memiliki kekayaan sekitar $15 juta – hanya dengan meninggalkan Twitch dan meneruskan legasinya di Mixer.
Walaupun ramai yang menganggap Dota 2 dan The International adalah jalan untuk menjadi kaya raya dala eSukan, namun perkara itu tak terpakai pada Ninja. Malah kekayaannya lebih banyak daripada yang terkumpul antara yang di ranking ke-2 dan ke-3 dalam senarai.
Sumber: Ordinary Review
 
Last edited:

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Orang Indonesia pun ada buat video 5 gamers terkaya di MALAYSIA

 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top