Forum Intraday.my

Encik Azhar

New member
  • Deleted by traders.dev
Kripto! Kripto! Kripto! Apa tu Kripto?


Cryptocurrency_logos.jpg

Penerangan asas tentang Matawang Kripto.

Sebelum bercerita dengan lebih mendalam tentang mata wang kripto, sejarah pasaran ini bermula sejak kemunculan Bitcoin pada 2009 sebagai wang digital pertama dunia, setelah bertahun-tahun kajian dilakukan.

Dikatakan mata wang tersebut dihasilkan oleh seorang individu misteri yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto dan sehingga kini identiti pengasas mata wang itu masih lagi kekal rahsia.

Sebenarnya, mata wang kripto bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 2010 lagi mata wang kripto diperkenalkan di Malaysia dan bermula pada 2015, mata wang itu mula mendapat perhatian sehingga kini.

Berbeza dengan wang tunai, wang kripto adalah aset atau mata wang digital yang berfungsi sebagai medium pertukaran dengan menggunakan teknologi kriptograf.

Untuk pengetahuan, kriptograf merupakan teknologi yang dibangunkan menggunakan konsep perkiraan matematik yang dikenali sebagai algoritma. Ia berfungsi untuk melindungi dan mengesahkan transaksi termasuk mengawal pembentukan unit baru bagi sesuatu mata wang.

Matawang kripto sangat unik dan selamat kerana memiliki kawalan tidak berpusat (decentralized), iaitu tidak melibatkan pihak ketiga atau sebarang pengubahan tanpa izin.

View attachment 752


Perbezaan mata wang kripto dan token

Tidak dapat dinafikan kedua-duanya mempunyai persamaan ciri: boleh didagangkan di bursa dan boleh dikirim menggunakan alamat blockchain. Tetapi yang membezakan kedua-duanya ialah:

Mata wang kripto – berfungsi sebagai wang, sama ada sebagai medium pertukaran, menyimpan nilai atau kedua-duanya sekali. Setiap satu syiling memiliki nilai yang sama dengan syiling yang lain.

Token – boleh digunakan sebagai mata wang kripto tetapi lebih fleksibel. Pelabur boleh melombong berjuta token yang sama atau memilih beberapa token yang memiliki ciri unik. Token juga mampu berfungsi sebagai apa-apa sahaja sama ada resit digital syarikat hinggalah loyalty points.

Walau bagaimanapun, platform matawang yang digunakan untuk membayar transaksi berbeza dengan token. Ethereum misalnya, mata wangnya Ether (ETH) hanya boleh digunakan untuk membina dan memindahkan token di dalam rangkaian Ethereum sahaja.

Token ini dilaksanakan berdasarkan piawaian seperti ERC-20 atau ERC-721.


Dompet kripto - tempat simpanan matawang Kripto

Dompet kripto (Crypto Wallet) memiliki fungsi yang sama seperti dompet (atau akaun simpanan) yang sering kita gunakan untuk menyimpan sejumlah wang. Dompet kripto bertujuan untuk memegang data peribadi anda dengan menggunakan perisian sama ada di komputer atau telefon pintar.

Dompet ini memainkan peranan penting untuk memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan rangkaian matawang kripto. Fungsi dompetnya akan bergantung kepada jenis perisian yang digunakan. Dompet mempunyai dua jenis. Hot wallet dan juga cold wallet.

Secara asasnya, hot wallet disimpan ke wallet secara online. Cold wallet adalah wallet secara offline. Tengok gambarajah di bawah untuk perbezaan hot & cold wallet.

e2271a9b1acd998e2d5068d7ef80430e.jpg


Contoh Cold Wallet :

1. Ledger (hardware device seperti Pendrive). Download Kripto dan simpan di dalam device ini. Device ini perlu disimpan secara selamat samada di peti besi atau di rumah.

2. Software atau apps yang didownload ke dalam pc atau mobile phone.

ledger-wallets-5f2a5b69925e7.o.png


Bersambung...



Sumberinfo bermanfaat
 
Top