EUR/USD

Abam

New member
Eur/usd akn menjadi tumpuan pada jam 3pagi nt.. mengenai indek pmi.. apakah positif atau pun negatif.. sama2 perhatikan
 

Merton

Well-known member
Apa status EU buat masa sekarang? Adakh akn meroket atau merudum... Nampak mcm mencari resistance 1.18602
IMHO EU masih strong bull. Jika tak ada candle m30 atau h1 buka bawah support area 1.1843, harga akan smpai ke resistance seterusnya area 1.1863.

Untuk bear take over perlu ada candle open bawah 1.1843 dulu
 

Merton

Well-known member
Support terdekat untuk diperhatikan 1st di 1.1843. Kemudian major support di area 1.1832. Kalau tak ada breakout bawah support ni rasanya eu akan terus uptrend ke next resistance 1.1863, 1.1880, 1.1900.

Skrg masih uptrend. Just my 2cent.


F1.png
 

Wen

Well-known member
Jaga-Jaga EUR/USD Bakal Menjunam Semula

photo_2020-12-04_10-44-00.jpg

USD Dolar terus didagangkan susut sehingga penghujung minggu kekal memberi ruang untuk wang utama lain meningkat.Namun,sentimen Risk-on pasaran bakal berubah dengan perkembangan baru isu vaksin yang kurang menyenangkan pelabur.

Syarikat pembangunan Vaksin,PFIZER menyatakan pengurangan sasaran agihan vaksin kerana berdepan halangan bekalan membuatkan pasaran akan kembali berjaga-jaga.Walaupun jumlah agihan akan dikurangkan sehingga 50 juta,syarikat tersebut masih menjangkakan lebih 1 billion dos agihan pada 2021.

Dalam perkembangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pula, keyakinan terhadap perlaksanaan pakej mula pudar selepas Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell telah menolak cadangan $908 billion pakej yang dipersetujui kedua-dua parti.


EUR/USD: Wave analysis and forecast for 21.09.2018 – 28.09.2018 | Liteforex

Kebimbangan yang mungkin meningkat akan kembali melihatkan US dolar didagangkan kukuh semula.Pada carta pasangan matawang EUR/USD,harga masih kekal meneruskan kenaikan keparas tertinggin terbaru semalam mencapai paras ketinggian sekitar 1.21800.Namun harga bergerak perlahan dibawah paras 1.21500 semula pada dagangan bersambung di sesi Asia pada Jumaat.

Jika harga masih bergerak dalam Trend Bullish,kenaikan harga mungkin akan terus mencapai paras ketinggian terbaru lagi sebelum menutup dagangan minggu ini.Namun jika pelabur menunjukkan reaksi panik terhadap jangkaan sentimen pasaran yang bakal berubah,harga bakal kembali menjunam semula.

Paras penting yang dilihat akan diberi tumpuan pada penurunan harga adalah pada 1.20900 dan juga zon RBS (Resistance Become Support) pada 1.20000.Menuju sesi New York,pelabur berwaspada menantikan laporan data perkerjaan NFP AS yang bakal menggegarkan pasaran.


Lihat gambar carta mata wang EUR/USD

photo_2020-12-04_10-44-00.jpg


BACA INTRADAY BARU TRADE
SUMBER

 
Last edited by a moderator:

Wen

Well-known member
Update Terbaru analisis Forex dari Intraday.



EUR?USD Bakal Terbang Tinggi Minggu Ini


photo_2020-12-14_16-45-02.jpg


US dolar didagangkan berhati-hati pada awal minggu sementara pelabur masih menantikan perkembangan lanjut pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Pada perkembangan terbaru, pakej rangsangan yang dicadangkan bernilai $908 bilion sebelum ini bakal dibentangkan kepada Kongres dan dibahagikan kepada dua bahagian berasingan.

Hal ini dilihat akan memulihkan sentimen pasaran dan memberi kesan penyusutan pada US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Selain itu juga, kecenderungan pasaran ke arah sentimen risk-on turut didorong oleh perkembangan vaksin dengan pengumuman oleh Donald Trump bahawa vaksinasi vaksin akan dimulakan pada hari ini.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD sejak 2 minggu lalu, harga dilihat bergerak mendatar di bawah zon resistance 1.21800-1.21500.

Pada Jumaat lalu juga harga turut menguji zon resistance tersebut sebelum kembali membuat penurunan semula.

Pembukaan pasaran awal minggu di sesi Asia pagi ini turut melihatkan perbezaan jarak (gap) harga pada carta EUR/USD terkesan oleh isu Brexit yang turut mempengaruhi dagangan Euro namun tidak begitu ketara berbanding Pound.

Walaupun gagal melepasi zon resistance untuk 2 minggu berturut-turut, pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk trend bullish. Pelabur masih memantau sentimen pasaran sebelum pergerakan lebih jelas dipamerkan.

Penganalisis pasaran menjangkakan harga pada minggu ini bakal bergerak lebih tinggi melepasi zon resistance minggu lalu untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak Mac 2018 berdasarkan pada sentimen semasa.

Berkemungkinan kenaikan harga akan ke paras ketinggian sekitar 1.22500.

Sekiranya harga gagal lepasi resistance dan membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50, paras 1.20900 akan menjadi paras sokongan terhampir harga sebelum harga yang berjaya meneruskan penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.20000.

SUMBER
 

Wen

Well-known member
EUR/USD Junam Di Sesi Asia,Trend Penurunan Harga Untuk Minggu Ini?

photo_2020-12-21_12-17-23.jpg


Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD untuk rujukan analisis teknikal anda.

Pergerakan drastik harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada sesi Asia untuk pembukaan dagangan minggu ini membuatkan pelabur lebih berwaspada terhadap situasi perubahan trend berbanding minggu lalu.US dolar pamer pengukuhan pada awal minggu dengan faktor kebimbangan pasaran ekoran laporan varian baru Coronavirus sehingga menyebabkan banyak negara memperketatkan kawalan pergerakan.

Kebimbangan tersebut juga telah menenggelamkan sentimen positif pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bernilai $900 bilion telah diluluskan.Sekitar 20 pips jarak (gap) pembukaan harga dilihat pada sesi Asia hari ini sekitar paras 1.22250 berbanding penutupan dagangan minggu lalu sekitar 1.22500.

Corak penurunan harga juga mula dipaparkan di samping pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semakin memberi petunjuk untuk trend bearish harga pada minggu ini.Setakat jam 11 pagi waktu tempatan, harga pada carta EUR/USD telah membuat penurunan agak ketara lebih 50 pips ke paras 1.21800.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon RBS (resistance become support) tersebut yang sebelum ini turut menjadi zon tumpuan harga.Penurunan lebih rendah harga yang berjaya menembusi zon tersebut akan mendorong harga menuju pula ke zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.20900.

Namun jika harga kembali melonjak, paras tumpuan pada 1.22500 akan kembali diuji begitu juga paras halangan MA50 untuk isyarat trend semasa harga.Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras resistance minggu lalu sekitar 1.22700 sebelum lonjakan harga seterusnya akan menuju ke paras tumpuan 1.23000.
 

Wen

Well-known member
EUR/USD Buat Kejutan Dengan Lonjakan Semula 120 Pips

EUR Buat kejutan dengan.jpg
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.


Gelora pasaran di awal minggu ini telah melihatkan perubahan drastik nilai dagangan US dolar pada sesi yang berbeza.

US dolar mengukuh pada sesi Asia semalam untuk memulakan dagangan awal minggu dengan baik berikutan kebimbangan pasaran dengan kemunculan varian baru Coronavirus membantutkan sentimen positif sebelum ini dengan agihan awal vaksin.

Namun pada sesi New York kembali menyaksikan penyusutan semula US dolar ekoran tumpuan pelabur kembali beralih kepada isu pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan telah mencapai persetujuan. Keputusan undian Kongres akan dinantikan.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan pada awal sesi Asia bermula selepas terdapat ‘gap’ pada pembukaan harga.

Penurunan harga sekitar 100 pips dipamerkan bersambung pada sesi Eropah dengan paras terendah harian mencecah 1.21300.

Namun setelah mencecah ke paras tersebut, harga kembali pamerkan lonjakan semula di sesi New York sehingga 120 pips mencapai paras ketinggian pada 1.22500 lebih tinggi berbanding paras pembukaan harga sebelumnya.

Harga yang juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish pada carta EUR/USD.

Jika tumpuan kekal terarah pada pakej rangsangan AS yang melemahkan US dolar, harga berpotensi meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.22700.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji paras tumpuan pada 1.23000 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun jika perkembangan virus kembali meningkatkan kebimbangan pasaran semula, harga bakal menjunam seperti awal sesi semalam menuju semula ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.21800.

sumber
 

Wen

Well-known member
EUR/USD Mula Tunjuk Tanda-Tanda Nak Melompat Balik


eur mula tunjuk.jpg

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.

Pasaran penghujung minggu dijangka perlahan dengan kebanyakannya ditutup sempena perayaan Krismas dengan tumpuan utama terarah kepada perkembangan Brexit.

US dolar pada sesi New York semalam dilihat kembali bergerak lemah walaupun pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang telah diluluskan Kongres tidak disenangi oleh Presiden Donald Trump.

Pakej bantuan yang perlu ditandatangani oleh beliau telah dipertikaikan dengan menyatakan nilai bantuan $600 kepada rakyat sangat rendah sementara banyak dibazirkan untuk perkara yang tidak perlu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga gagal turun lebih rendah di bawah zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.12500.

Pada Rabu, harga berlegar di atas zon RBS tersebut selepas beberapa kali gagal untuk meneruskan penurunan.

Pada sesi Asia hari ini pula, harga mula membuat kenaikan dari zon tersebut dan telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal perubahan trend bullish akan berlaku semula.

Namun, sentimen pasaran semasa yang tidak menentu membuatkan pelabur berwaspada terhadap arah pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras rintangan 1.22500 akan kembali diuji sekali lagi minggu ini.

Melepasi zon resistance tersebut akan mendorong harga menuju ke paras tumpuan pada ketinggian 1.23000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Namun jika harga menjunam sehingga melepasi zon RBS 1.21800-1.21500, penurunan harga selanjutnya bakal menuju zon support di bawah paras 1.20900.

sumber
 

Wen

Well-known member
patutlah eu awal sgt.jpg

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD diatas untuk rujukan analisis anda

Pergerakan pasaran berkemungkinan suram pada minggu terakhir dagangan untuk tahun 2020 di mana pelabur akan mengambil langkah untuk tidak berada dalam pasaran sempena perayaan krismas dan juga sambutan tahun baru.

US dolar bergerak susut pada sesi Asia pagi ini bagi memulakan dagangan minggu ini susulan laporan terbaru bahawa Donald Trump telah menandatangani pakej bantuan ekonomi yang bernilai $2.3 trilion termasuk bantuan $600 untuk rakyat Amerika.

Sentimen positif ini bakal memberi kesan lebih lemah buat US dolar di samping memberi ruang untuk mata wang utama yang lain kembali meningkat.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan dari paras sokongan 1.21800 pada zon RBS (resistance become support).

Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga telah menunjukkan kenaikan sekitar 30 pips menguji paras rintangan pada dagangan Khamis dan Jumaat minggu lalu.

Kenaikan yang turut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah memberi isyarat awal untuk trend bullish pada carta EUR/USD.

Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal menguji zon rintangan pada ketinggian 1.22500-1.22700 sebelum kenaikan seterusnya bakal menuju ke paras 1.23000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS 1.21800-1.21500 akan diuji sekali lagi yang sebelum ini menjadi zon sokongan harga.

Namun jika penurunan menembusi zon tersebut, harga dilihat akan menuju ke zon support di bawah paras 1.20900.

sumber
 

Wen

Well-known member
eu akan sambung kenaikan.jpg


Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.

Penganalisis kekal menjangkakan US dolar akan terus bergerak susut untuk mengakhiri dagangan penghujung tahun ini selepas Presiden Donald Trump menandatangani pakej bantuan ekonomi bernilai $2.3 trilion.

US dolar telah jatuh lebih 6% pada tahun ini dengan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan terus mengekalkan kadar faedah berhampiran paras sifar di samping keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang masih bergelut dengan krisis pandemik.

Sentimen positif pasaran dengan perkembangan baik rundingan Brexit minggu lalu telah melemahkan lagi US dolar sementara mata wang Eropah mendapat kelebihan untuk meningkat semula.

Pada carta harga pasangan EUR/USD dapat dilihat harga telah pamerkan kenaikan pada dagangan awal minggu ini mencatatkan sekitar 70 pips kenaikan harian.

Harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.22500 semalam sebelum berlaku penurunan semula sekitar 50 pips namun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Paras sokongan MA50 masih belum berjaya ditembusi menunjukkan pergerakan harga masih berada dalam trend bullish.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga dilihat meneruskan semula kenaikan menuju ke paras ketinggian yang dicapai semalam pada 1.22500.

Kenaikan yang berjaya melepasi zon resistance 1.22500-1.22700 dilihat akan menguji pula paras ketinggian tumpuan pada 1.23000.

Namun jika harga menjunam semula, zon RBS (resistance become support) pada 1.21800-1.21500 akan kembali diuji dan penganalisis akan meneliti reaksi harga pada zon tersebut.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan menuju zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.20900.
 

Wen

Well-known member
eu yang baru.jpg

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.


Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan kenaikan pada sesi Asia hari ini susulan US dolar menyambung penyusutan nilai pada permulaan dagangan 2021.

Pada minggu lalu yang menjadi penutup dagangan 2020, harga menunjukkan penurunan sedikit pada hari terakhir dagangan berkemungkinan faktor pengambilan keuntungan (profit-taking) selepas penjualan berterusan US dolar sepanjang minggu.

Zon harga 1.2300 dilihat menjadi rintangan buat harga sebelum harga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang berkemungkinan memberikan isyarat permulaan trend penurunan harga.

Kenaikan harga pada awal sesi hari ini menguji zon SBR (support become resistance) 1.22500 meningkat 30 pips dari paras pembukaan harga.

Zon tersebut akan diuji begitu juga halangan dinamik MA50 yang akan menjadi rintangan harga untuk memberi petunjuk trend bearish.

Sekiranya harga membuat kenaikan melepasi zon SBR 1.22500 dan juga halangan MA50, zon resistance pada 1.23000 sekali lagi akan diuji sebelum harga pamerkan kenaikan lebih tinggi.

Namun jika harga susut lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.20900 akan diuji sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula ke zon RBS 1.20900.

Bagi mata wang Euro, pelabur akan memberi tumpuan pada data-data ekonomi untuk menilai sektor pembuatan di Eropah.

SUMBER
 

Wen

Well-known member
eu meningkat semula.jpg

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
Seperti yang telah dijangkakan, pilihan raya Georgia menyebelahi parti Demokrat apabila kemenangan dicatatkan untuk kedua-dua kerusi yang dipertandingkan sekaligus lebih membuka laluan untuk pelaksanaan pakej rangsangan yang lebih besar.

US dolar sedikit meningkat pada dagangan Rabu setelah penurunan ke paras terendah hampir 3 tahun berikutan kemenangan Demokrat yang akan memberi sokongan terhadap bakal Presiden Joe Biden di Senat selepas ini.

Terdapat berita kurang baik yang mencemarkan acara pilihan raya apabila dilaporkan penyokong Donald Trump membuat rusuhan dan menyerang bangunan Capitol sehingga aktiviti Kongres terpaksa ditangguhkan sementara.

Situasi tegang tersebut dilihat antara menjadi faktor mengukuhkan US dolar pada sesi New York semalam sebelum kembali bergerak susut semula menuju ke sesi Asia hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah mencatatkan lonjakan 70 pips ke paras ketinggian terbaru mencecah 1.23500 ketika pasaran optimis parti Demokrat akan memenangi pilihan raya Georgia.

Namun pada sesi New York memaparkan penurunan semula harga ketika pengukuhan US dolar sehingga mencatatkan paras terendah harian pada sekitar 1.22700.

Walau bagaimanapun harga kembali pantul semula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberikan isyarat trend kekal bullish.

Minit mesyuarat FOMC pada awal pagi ini juga tidak memberi kesan ketara terhadap US dolar. Namun petunjuk dari minit masih memberi isyarat pelonggaran polisi di masa hadapan yang akan terus melemahkan US dolar.

Kenaikan harga melepasi semula paras 1.23000 sehingga bersambung pada sesi Asia hari ini. Namun pergerakan harga perlahan dan menunjukkan sedikit penurunan.

Zon RBS (resistance become support) pada 1.23000 akan menjadi paras sokongan harga sebelum kenaikan diteruskan semula.

Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Rabu sebelum mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Namun jika penurunan berterusan harga di bawah paras 1.23000, harga bakal menguji zon RBS 1.22500.

SUMBER


 
  • Deleted by nabil
Show…
  • Deleted by nabil
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top