Forum Intraday.my

FahmiAM

New member
  • Deleted by FahmiAM
  • Reason: Silap
Kebenaran yang pahit. Yang mana jantung hatinya cenderung kepada keuntungan dan laba dunia, dia akan mencari SERIBU SATU alasan untuk justifikasi tindakannya. Yang mana jiwanya cenderung kepada kebenaran dan hari pembalasan, cukup SATU hujjah baginya untuk meninggalkan ini.View attachment 3034
Cuba saudara2 lihat balik poster ni pada ruangan akhir ayat, menyatakan perdagangan matawang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan matawang menjadi komoditi yang mana akan lebih menjejaskan fiat money yang sudah sedia lemah. Dalam hadis nabi sendiri pun meletakkan Haram urus jual matawang terlebih dahulu sebelum meletakkan syarat2 tertentu. Ini pasti ada sebab. Islam datang dengan hukum2 dan syarat bukanlah hanya untuk memenangkan atau menguntungkan sesebuah atau sesuatu pihak sahaja, tetapi Islam datang dengan penuh keadilan yang terpakai untuk setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat kasta atau sebagainya.
. Jika kita mengambil contoh trading saham atau komoditi yg lain hanya melibatkan sesetengah pihak/kumpulan yang terlibat secara langsung dengan dunia saham, sebagai contoh rakyat biasa terutamanya golongan fakir yang tidak mampu untuk melibatkan diri dalam dunia saham tidak perlu risau akan terjejas sekiranya apa2 kenaikan atau penurunan yang berlaku dalam nilai sesebuah saham kerana mereka tidak ada apa2 kepentingan dalam dunia saham tersebut.
. Sebaliknya dalam currency trading ini, kesannya bukan sahaja kepada trader2 malah ia juga memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada semua golongan tidak kira dia kaya, miskin, trader ataupun bukan trader. Buktinya trading currency akan mewujudkan supply and demand dalam dunia currency kerana akan ada trader yang demand untuk membeli dan supply untuk menjual matawang tersebut, hal ini akan menyebabkan nilai matawang sentiasa turun dan naik (tetapi secara keseluruhan harga akan naik kerana akan wujud lebih banyak trader) dan inilah penyebab kepada berlakunya inflasi, dan memberi kesan kepada ekonomi.
. Sudah lah US tidak lagi bergantung nilai kepada kuantiti emas yang mana memberi kesan buruk kepada nilai matawang, ditambah pula wujudnya sistem dimana matawang yang tidak disandarkan kepada emas tadi dijadikan bahan dagangan oleh sesetengah pihak/golongan yang sememangnya akan menyebabkan nilai yang tidak menentu, inflasi, dan kesan kepada ekonomi sesebuah negara. So apa masalahnya?
Masalahnya ialah kesan ekonomi yang berlaku akibat daripada inflasi yang disebabkan oleh perkara2 yang telah saya terangkan tadi akan melibatkan semua golongan tidak kiralah dia itu kaya, miskin, trader atau bukan trader. Hal ini kerana semua daripada kita menggunakan duit/currency dalam urus niaga, dan lebih buruk kepada peniaga terutamanya peniaga kecil yang mengeluh dek kerana barangan mentah yang semakin mahal akibat daripada inflasi yang berlaku. Lebih sedih lagi apabila kebanyakan negara bergantung kepada us dollar yang sebenarnya tidak mempunyai nilai dalam urusan niaga antarabangsa mahupun sebagai penanda aras kemajuan ekonomi sesebuah negara tersebut.
Memang mudah bagi saudara2 traders sekalian untuk menyuruh ummat islam melakukan sesuatu bagi meningkatkan ekonomi sendiri dengan menyuruh mereka melabur, berniaga, atau belajar forex trading seperti kalian semua. Tetapi hal ini mungkin hanya terpakai untuk orang islam di Malaysia sahaja. Bagaimana dengan masyarakat islam di Afrika? masyarakat islam di Rohingnya? Masyarakat islam di timur tengah yang saban hari berhadapan dengan peperangan dan konflik?. Bagaimana dengan fakir miskin di negara yang susah mendapatkan bukan sahaja akses internet malah akses kepada kemudahan lain? Tidakkah mereka ini terkesan juga kepada inflasi yang berlaku? Mereka tidak terlibat dengan dunia trade, mereka tidak pandai baca chart. Tapi kenapa mereka juga turut terkesan dengan inflasi dan ekonomi? Apa salah mereka? Mungkin saudara2 akan cakap "ini sudah dirancang oleh pihak yahudi tak boleh nak buat apa2" bercakap/menulis dalam kondisi yang selesa memang senang dan mudah tetapi golongan miskin inilah yang banyak menerima tempiasnya. Mungkin saudara juga akan cakap trading forex akan memberi kesan baik kepada ekonomi negara melalui cukai2 yg boleh dikenakan, janganlah hanya dilihat melalui satu pandang sahaja tetapi mengabaikan pandang yang lain, apa guna hanya beri kesan baik kepada negara kita tetapi tidak memberi kesan baik kepada islam keseluruhannya. Nasib masyarakat islam yang ditindas oleh sistem matawang fiat di negara2 islam yang mundur bagaimana?
Kesimpulannya, seperti yang saya perkatakan pada awal lagi Islam datang bersama hukum2 dan syarat2 adalah untuk menguntungkan semua pihak tidak kiralah dia kaya, miskin, atau sederhana, hatta orang bukan islam pun akan merasa nikmat indahnya keadilan dalam islam. Jadi tujuan saya menulis pandangan saya ini bukanlah untuk menyebarkan kebencian kepada yang bermain forex tetapi hanyalah untuk mengajak saudara2 sekalian untuk berfikir dengan berhikmah tentang hadis nabi dan pandangan ulama2 besar islam berkenaan kenapa mereka tidak membenarkan jual beli matawang ini. Pernah terfikir tak kenapa nabi tidak mulakan ayat dengan boleh jual beli tetapi menggunakan perkataan Haram pada awal ayat baginda dan baru dituruti dengan syarat2. Pasti ada sebabnya
Kebenaran yang pahit. Yang mana jantung hatinya cenderung kepada keuntungan dan laba dunia, dia akan mencari SERIBU SATU alasan untuk justifikasi tindakannya. Yang mana jiwanya cenderung kepada kebenaran dan hari pembalasan, cukup SATU hujjah baginya untuk meninggalkan ini.View attachment 3034
Pandangan saya, tidak ke trading currency ni akan memberi kesan kepada inflasi seterusnya ekonomi sesebuah negara. Sebagai contoh, kalau ramai trader trading currency seperti us dollar akan berlaku banyak supply and demand dan ini akan menyebabkan nilai matawang tersebut menjadi naik turun, tetapi akan sentiasa naik jika lebih ramai trader dalam forex trading ni. Ini kan akan memberi kesan kepada ekonomi negara2 yang bergantung kepada us dollar sebagai penanda aras sesebuah kemajuan ekonomi. Secara tidak langsung memberi impak kepada rakyat2 yg langsung tidak ambil tahu tentang currency trading ni, lebih2 lagi masyarakat islam yang jauh dari dunia luar seperti di Indonesia, Afrika. Berbanding kalau kita trade saham sahaja yg mana hanya golongan yg ada kepentingan dalam saham saja yg terlibat, Orang2 miskin dan pedalaman tidak perlu takut dan risau dengan harga turun naik saham kerana tidak ada apa2 kepentingan. Tetapi untuk forex yang mana kita telah trading currency/duit itu sendiri yang mana duit ini dipakai oleh semua orang, tidak kira dia kaya, miskin, trader ataupun tidak. Tidak ke sedikit sebanyak beri kesan kepada mereka2 ini. Saya rasa sebab itu sebahagian para ulama terutamanya Imam Al Ghazali dan tokoh islam yg lain tidak membenarkan perdagangan matawang kerana akan ada kesan disitu. Sudahlah us dollar tidak lagi bergantung kepada emas, ditambah lagi dengan permainan harga us dollar itu sendiri dalam dunia forex trading ni, yang akan terima kesan golongan2 yg tidak trade ni melalui kesan inflasi yang berlaku. Lebih kuran kesan dia kepada semua orang lah
 
Top