📈 Technical Analisis Teknikal Pasaran Emas

Technical

sankiss

Active member
Mw19necE

Pasaran emas sekarang berada di paras "Support" dan sekiranya candlestick close dan gagal untuk melakukan "Breakout", pasaran dijangka akan melakukan pembalikan ke paras "resistance" yang terdekat iaitu di 1805.74.

Mengikut sentimen semasa, para pelabur dilihat lebih cenderung untuk melabur di pasaran atau instrument yang lebih berisiko dimana kita dapat lihat aset-aset "safe haven" seperti Emas, Yen dan US dollar telah mula melakukan penurunan harga, yang boleh kita tafsirkan sebagai indikasi para pelabur telah mula menjual aset-aset "safe haven" mereka dan lebih gemar melabur di pasaran saham, derivatif, bon dan juga yang sedang "hype" sekarang iaitu pasaran matawang krypto.

Sama-sama kita menunggu peluang untuk melakukan dagangan, bak kata-kata pujangga, "We don't chase the price, but let the price come to us".
 
Last edited:

Pak Man Forex

Well-known member
Nampak gaya macam dia ada membuat retrace dekat dalam zone bawah dalam TF DAILY. Bukan signal untuk BUY tetapi sekadar pendapat dan perkongsian. Sebab sekarang ini USD masih dalam pengukuhan sedikit dan ada kemungkinan ia akan jatuh juga.
 
Last edited:

sankiss

Active member
Terbaik tuan. Betul sekarang USD masih mengukuh. Ada kemungkinan besar nilai USD akan menurun hasil daripada laporan FOMC awal pagi tadi. Sama-sama kita tunggu untuk pergerakan candle yang seterusnya.

Bitcoin telah berjaya mencecah >50k USD. Mungkin ini juga boleh mempengaruhi nilai pasaran emas ketika ini di mana kita boleh melihat korelasi negatif antara pasaran BTC/USD dengan Gold.
 
sankiss

Active member
uLjCc3ms

Kemas kini untuk pasaran emas pada hari ini, 19 February 2021.

Harga emas kekal berada di dalam zon "support" iaitu pada aras terendah terakhir pada 30 November 2020 lalu dan menghasilkan candlestick 'doji' yang bermaksud harga buka pasaran sama atau hampir-hampir sama dengan harga tutup pasaran. Di dalam kajian analisis teknikal, ini boleh ditafsirkan sebagai
1. Tanda-tanda awal pasaran akan membuat pembalikan trend.
2. Tanda awal 'sellers' atau penjual memperoleh momentum untuk terus memacu harga pasaran jatuh.

Jika melihat candlestick hari ini iaitu 19/02/2021, penolakan harga boleh dilihat pada sesi Asia dengan jelas apabila pasaran menjejaki harga 1761, 'buyers' dilihat memasuki pasaran dan boleh dikesan melalui candle wick yg panjang. Walaubagaimana pun, kita harus tunggu sehingga candle hari ini tutup untuk pengesahan.

Sekali lagi, ini bukanlah 'call signal sell mahupun buy'. Analisa ini hanya sekadar perkongsian analisa pasaran emas untuk perbincangan agar kita dapat memperoleh pengetahuan dan pengalaman untuk memperbaiki diri kita agar sama-sama berjaya di dalam bidang 'retail trading' ini.

Dari trader untuk trader.
#bacaIntradaysebelumtrade
 
Terbaik, tak sia-sia saya follow haritu terus pacak 📈 terus senyum sampai telinga hehehe thank you @sankiss mantapp (y)

Thumbs Ok GIF by Busch
 
sankiss

Active member
q92oH4YS

23 Feb, 2021.
Harga pasaran emas melonjak daripada zon 'support' 1786.77 dengan paras terendah pada 19/02/21 adalah 1760.82 dan kepada sesiapa yang berjaya untuk memasuki pasaran sekitar harga 1760 - 1780, tahniah diucapkan kerana risiko yang telah diambil nampaknya telah membuahkan hasil yg lumayan, bak kata pepatah, "no risk, no gain".

Untuk analisis seterusnya, pada 22/02/21, yang pada pandangan saya, corak candlestick 'marubozu' telah terhasil. Ini menunjukkan para pembeli jelas menguasai pasaran lantas menghasilkan corak 'marubozu'. Zon 'resistance' 1805.74 pada pengamatan saya tidaklah satu zon yang kuat, dan boleh dilihat 'breakout' telah terjadi beberapa kali sebelum ini, dan zon ini adalah zon yang menjadi pilihan saya untuk memasuki pasaran dengan bias 'Buy'.

Seterusnya, sasaran TP saya adalah previous HIGH pada:
1. 16/02/21 - 1826.46
2. 11/02/21 - 1847.66
3. 06/01/21 - 1959.75

Diharapkan para traders yang berpengalaman sudi membetulkan analisis saya ini sekiranya terdapat kesalahan yang tidak disengajakan. Terima kasih @Pak Man Forex dan tahniah juga kerana saya yakin order tuan masih 'floating positive' he he he.

Terbaik lah, complete penerangannya (y) Terima kasih tuan @sankiss atas perkongsiannya. Tak sia-sia saya follow hehehe mestilah tuan, senyum lebar saya ☺️ Tapi kalau dia break dalam area 2000.0 agak-agak dia boleh capai tak ketinggian sebelum ini dalam area 2060.0 ? Bagaimana pendapat tuan @sankiss ?

Happy Fun GIF
 
Pada pendapat saya, aras 1960.00 harus la dilepasi terlebih dahulu dan mencapai 2000.00 dan tidak mustahil harga akan terus melonjak melepasi 2060
 
Pak Man Forex

Well-known member
Tuan @sankiss nampaknya GOLD kembali ke dalam zone sebelum ini. Adakah kali ini ia akan menembusi paras zone itu tuan @sankiss ? Kalau nak diikutkan dengan impak kekuatan USD yang didorong oleh hasil perbendaharaan ketika ini ? Bagaimana pendapat tuan ?
 
sankiss

Active member
nS0lUT81

26/02/2021

Pasaran emas gagal menembusi aras 1810 lantas melakukan terjunan harga sehingga ke aras sokongan 1765 semalam. Hal ini terjadi apabila hasil perbendaharaan kerajaan US (US Treasury Bond Yield) terus melakukan penaikan sehingga melepasi aras 1.60% dan menghampiri 'High' pada 05/02/20.

c8Cq8EwG

Sebenarnya tidak ada kaitan secara langsung diantara US Treasury Bond Yield dengan pasaran emas. Namun, secara tidak langsung yield memberi kesan kepada pasaran emas. Mari kita fahami satu per satu.

1. Kenaikan hasil perbendaharaan didorong oleh sentimen keyakinan para pelabur yang melihat kadar pemulihan ekonomi adalah lebih baik daripada ramalan yang dibuat sebelum ini.

2. Presiden US Joe Biden mengumumkan pelan stimulus berjumlah 1.9 Trillion dan dijangka akan diluluskan oleh Dewan Senat pada hari ini.

3. Kerajaan US akan menerbitkan bon dan hasil daripada itu 'Yield' akan bertambah dan nilai bon akan berkurang.

4. Bila 'Yield' meningkat, USD turut menguat.

5. Keyakinan para pelabur terhadap nilai inflasi di US juga mendorong pelabur untuk menjual aset emas meraka untuk dilaburkan di instrument yang lain. Jika nilai inflasi adalah lebih tinggi dari jangkaan, maka kadar faedah sebenar akan menjadi tinggi juga lantas mempengaruhi harga emas pasaran.

6. Kadar faedah sebenar berkorelasi negatif dengan pasaran emas. Secara asasnya, emas tidak memberikan pulangan dividen ataupun faedah, ianya cuma aset kalis penyusutan nilai sahaja.
 
Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top