Initial Coin Offering (ICO)

Wen

Well-known member
Image result for ico

Saya nak kongsi apa itu Initial Coin Offering (ICO). ICO ni dalam sektor kripto sebenarnya satu aktiviti atau cara untuk mendapatkan dana bagi projek yang di bangunkan oleh sesuatu pihak

Ico mula diperkenalkan pada 2014 ketika dana diperlukan bagi pertumbuhan rangkaian Ethereum. Sejak itu, banyak usaha kripto mencuba nasib dengan ICO dan ia bukan saja dalam kalangan firma kripto baru tetapi juga syarikat yang sudah lama menjalankan ICO bagi menarik lebih ramai pelabur dan meningkatkan modal bagi produk baru berasaskan blockchain

ICO ni di jalankan oleh firma-firma teknologi yang mahu menerbit dan mengedarkan token.Kalau korang nak tahu ICO akan gagal jika dana yang dikumpul tidak mencapai jumlah dan masa yang ditetapkan,manakala dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan untuk pembangunan projek

ICO ni pun juga ada risikonya. Jika pelabur kripto berminat untuk menyertai ICO beberapa perkara perlu dipertimbangkan

1)Adakah projek memerlukan blockhain/token,atau boleh diteruskan tanpa salah satu daripadanya?
2)Adakah pasukan projek mempunyai repustasi tinggi?Apakah kemahiran yang mereka miliki untuk menjayakan projek?

Pelabur ni kena tahu bahawa tidak wajar untuk melabur lebih daripada kemampuan. Mereka ni kena beringat bahawa pasaran matawang kripto sangat tinggi dengan ketidaktentuan,maka tidak mustahil kalau korang juga berisiko untuk berhadapan dengan kerugian besar.

Jadi apa pendapat korang???
 

extr-o

Well-known member
Jangan sekali-kali melabur kepada perkara yg samar-samar termasuklah saham terbitan, ICO atau pun IEO, semua perkara-perkara berkaitan harus dikaji secara menyeluruh "DYOR" yer. (y)
 

DigitalDna

New member
Platform ICO mana yang sesuai untuk kita invest awal, platform seperti Polkastarter and Duck minta Token mereka untuk staking sebelum kita boleh apply untuk whitelist.
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top