[UPDATE] Harga Emas Pada Hari Ini

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Trader sekalian..hrga emas sekarang masih pening lalat. Hahah..kejap naikm
,kejap trun..untuk scalping cantik
Betul tu tapi pastikan membuka lot yang sesuai dengan modal. Kalau tak nak rasa exercise jantung.
excited homer simpson GIF
 

Wen

Well-known member
Perghh!! Emas Terus Menjunam

Gold Leaps - then Cascades - to Start the New Decade

Emas menjunam lebih rendah ke paras terendah empat minggu di tengah-tengah pengukuhan US dolar pada permulaan dagangan awal minggu

Spot emas di perdagangkan rendah di sekitar paras harga $1,833 per auns (11.05 pagi waktu Malaysia) selepas menyentuh paras terendah satu bulan $1,817 per auns ketika awal sesi Asia

Lonjakan lebih tinggi dalam bon AS 10 tahun terus mendorong pengukuhan buat dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama.US dolar yang lebih kuat menjadikan logam berharga emas lebih mahal bagi pemenang matawang lain

Pada hujung minggu,Presiden terpilih Joe Biden telah berjanji akan melaksanakan rangsangan lebih besar dengan trilion dolar untuk memerangi kesan pandemik terhadap ekonomi

Hal ini sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kuat

Namun begitu,momentum pengukuhan US dolar ini mungkin tidak kekal memandangkan perlaksanaan langkah rangsangan yang lebih besar juga bermaksud hutang negara juga meningkat,yang akan mendorong pelabur kembali mendapatkan emas untuk berlindung daripada risiko inflasi


SUMBER
 

Fakhrii

Well-known member
Harga emas mencatatkan permulaan yang terburuk dalam masa sedekad

1611888415172.jpeg

SINGAPURA: Harga emas menjunam selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengekalkan penanda aras kadar faedah dan paras pembelian bon.

Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) serta meletakkan harga emas dalam laluan mencatatkan permulaan tahun terburuk dalam tempoh sedekad.

Fed mengulangi bahawa ia akan mengekalkan pembelian bon bernilai AS$120 sebulan sehingga 'perkembangan besar selanjutnya' berkaitan sasaran inflasi dan pengambilan pekerja dicapai.

Selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan tahun ini, Pengerusinya, Jerome Powell berkata ia akan mengambil masa untuk mencapai ambang yang membolehkan jumlah pembelian bon diubah, sekali gus memberi petunjuk jelas bahawa bank pusat itu tidak akan mengubahnya dalam masa terdekat.

Harga logam berharga susut lebih tiga peratus tahun ini, prestasi Januari terburuknya sejak 2011, apabila pelabur mempertimbangkan pengukuhkan dolar, prospek lebih banyak program rangsangan serta trajektori pandemik COVID-19.

"Emas sukar mendapatkan rentaknya semula sehingga peningkatan dolar berakhir. Fasa pengukuhan emas berterusan dan faktor bulis akan kekal jika harganya dapat bertahan di paras AS$1,800 dalam beberapa minggu akan datang."

Harga spot emas susut 0.4 peratus kepada AS$1,837.29 di Singapura hari ini selepas turut berakhir 0.4 peratus lebih rendah pada Rabu

SUMBER

Adakah emas akan menjunam atau membuat kejutan untuk memacak ke bulan, bagaimana pendapat anda ?
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top