EA Robot? Hebat sgt ke atau sembang je lebih?

RajaTimur

Member
Hyee forumer...sy nk tnya..siapa ada pengalaman menggunakan EA robot atau pun pengasas kepada EA robot?

Sejauh mana robot ni dpt mencari profit?
 

extr-o

Well-known member
Kononnya EA bot ini boleh membantu 88% untuk dapatkan profit, tapi ingat EA bot milik forex market lagi canggih dan kemungkinan trader-trader akan terciduk juga yer... so, berhati-hati untuk memiliki EA bot yg ada di pasaran.
 

jefryaspye

Member
EA (expert advisor) Robot(auto trading) sistem diperkenal dalam mt4(metaqoute) ada 3 bahagian bebeza indi/signal/auto trade. Setiap bahagian memainkan peranan utk memudahkan trade utk trader menguruskan transaction jual beli (ia diguna pakai pada 2007 namun bukan semua boker membenarkan auto trade kerana ada sbb tertentu.
Kebykan trade fail kerana gagal memahami tradeauto sistem forex jadi saranan saya belajar fungsi mt4 sebelum memulakan EA dan belajar trading forex dgn betul utk elak kerugian.
 

sdman76

Active member
sblm menggunakan EA @robot ni...trader kna faham fungsinya terlebih dahulu..selalu buat back test dan forward test..market mna dia sesuai utk run..adakalanya trader kna close secara manual.
 

MorubozuWings

Well-known member
EA adalah sistem yang diprogramkan mengikut kriteria teknik si pembuatnya...dan semua coding adalah berdasarkan basic juga...cumanya EA ni kelemahannya apabila kemasukan Entry post telah melangkaui keadaan atau situasi sebenar pasaran semasa , sebagai contoh apabila berlakunya news atau apa² sahaja announcement yang kita tak jangka oleh mana² negara pasaran matawang utama.Perkara ni yang kita tak dapat nak elak kerana kita telah meletak sepenuhnya keputusan pada sistem EA tersebut untuk membuat keputusan..dan EA juga hanya berpandukan kepada Timeframe yang telah di tetapkan....dan tidak menganalisa berpandukan fundamental serta hanya mengikut analisa teknikal..maka akan berlakulah kegagalan di dalam mengawal risiko capital di akaun EA tersebut.Disini saya tidak menolak atau merendahkan kemampuan EA kerana ianya adalah suatu keistimewaan dan ianya juga direka khas oleh trader² yang professional serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang forex.Maka disini ianya direka khas untuk mencipta setup yang mampu menghasilkan profit.Disini saya ingin memesan juga walau bagaimana pun kemudahan untuk menghasilkan profit atau keuntungan itu ada tidak kira sama ada melalui Expert Advisor ataupun Copytrade..sedikit sebanyak pengetahuan tentang Forex ini wajib diketahui oleh semua orang yang berminat dan ingin menceburi di dalam bidang ini.Ini agar supaya tidak hanya bergantung kepada EA semata mata.Kerana bagi saya tiada EA yang perfect dan pasti akan ada loss silap² lebih banyak loss nya berbanding anda sendiri yang melakukan dagangan.Kalau asyik loss sahaja takkan anda nak cari EA lain pula sampai bila kan..so..disini keputusan di tangan anda..bagi saya kepuasan di dalam melakukan sendiri dagangan adalah lebih memuaskan hati kerana disitu kita akan mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan memperbaiki kesilapan yang kita harus kaji semula melalui beberapa faktor yang mungkin anda sendiri ketahui puncanya dimana.


Forex tidak sesusah mana yang anda sangkakan , cuma nya ramai yang suka cari jalan mudah...maka berusaha untuk mencapai sesuatu yang anda minat itu akan mendatangkan hasilnya apabila ada kesungguhan disitu.

#MembebelPagi
 

sdman76

Active member
EA budak ubat on running
1608290095207.png
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top