Apa itu forex?

ijat_introvert

Active member
Moshed Trader Club
Bismillahirrahmanirrahim...

Salam perkenalan. Saya yakin forum ni dapat memanfaatkan semua trader di sini termasuklah saya.😊

Mohon tunjuk ajar otai2 trader di sini ya..

p/s: SS Pending order 0.01 lot tak triggered...
122047558_783989549045988_2514207445229769490_n.jpg
 

osman

New member
salam perkenalan semua..man dari seremban..terbaik intraday sediakan forum untuk trader malaysia khususnya..
 

Aizatijat96

New member
Hai guys saya ni trader newbie lgi sblum nk entry saya akan buat analisa dlu tpi ap yg saya prasaan mnggu ni teknikal analisis saya smua tk mnjadi asik loss je...saya slalu trade kt pair gu...btul ke isu brexit deal kt uk skrg ni pnyebab smua teknikal analysis kte dilanggar dan kte hanya prlu trade based on speculation uk skrg je?
 

ijat_introvert

Active member
Moshed Trader Club
Salam kenal @Aizatijat96 . Saya tidak arif tentang pair GU jadi saya tak boleh bagi pendapat. Tapi, saya perasan minggu ini market agak berisiko. Kenapa? Sebab situasi pilihanraya dan pakej rangsangan ekonomi di US yang masih belum beri kata putus, selain isu brexit dan Covid-19 di kebanyakan negara.

Mohon betulkan kalau saya ada tersilap/terkurang.
 

nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Ilmu teknikal boleh diterapkan jika pasaran dah kembali seperti biasa. Buat masa sekarang ini saya sarankan untuk tuan ambil tahu juga tentang sentimen pasaran semasa. Jangan lupa baca INTRADAY baru TRADE

 

tupat

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Salam kenal @Aizatijat96 . Saya tidak arif tentang pair GU jadi saya tak boleh bagi pendapat. Tapi, saya perasan minggu ini market agak berisiko. Kenapa? Sebab situasi pilihanraya dan pakej rangsangan ekonomi di US yang masih belum beri kata putus, selain isu brexit dan Covid-19 di kebanyakan negara.

Mohon betulkan kalau saya ada tersilap/terkurang.
Ya tepat tu. Sekejap kata macam tu sekejap kata macam ni. Masalah covid pun sama, sekejap ok sekejap x ok. Sebab tu penting trade jaga MM dan kawal risiko dengan SL.

Ok kalau nak teruskan perbincangan pasal ni boleh buka thread di ruangan Perbincangan Forex sini.
 
  • Deleted by traders.dev
  • Reason: Please dont do spam.
Show…

deaddie

New member
Saya bermula dengan modal sebanyak 2000myr kemudian ditambah sehingga menjadi 18000myr.
Mula melabur pada Oct 2020 tapi agak takut takut jadi kebanyakan kaunter dibeli take profit pada 1 bid sahaja 😂. Bulan october pun market kurang cantik jadi pakai modus operandi hit and run. Ada juga kaunter yang saya hold disebabkan harga menjunam turun tapi alhamdulillah bulan november ni da closed with profit.
Saya selalunya akan membeli kaunter dgn 10000 unit dan maksimum 20000 unit. Dengan cara ini saya dapat mengawal cash flow dan juga membeli kaunter yang lebih banyak.
Target saya buat masa sekarang untuk intraday adalah 100myr - 300myr sehari.
Hopefully november ni saya dapat closed with profit dengan lebih banyak dari october.
 
APA ITU FOREX TRADING ?

Forex ialah foreign exchange. Singkatannya adalah FOREX.

Apa pula forex trading? Forex trading adalah “aktiviti perniagaan” tukar beli matawang.

Maksudnya kita “berdagang” matawang, untuk tujuan mendapatkan keuntungan.


Situasi untuk mudah faham.

Katakan ke money changer, hari ini anda pergi tukar harga adalah RM4.40 untuk USD1.00.. anda perlukan RM440 untuk tukar dengan USD100.

Dan katakan bulan hadapan nilai USD semakin mahal, iaitu USD1.00 bersamaan dengan RM4.60.

Jadi di sini jika anda pergi tukar USD100 anda, anda akan untung kerana anda akan menerima RM460 dari money changer tersebut. RM20 keuntungan tersebut.


Tetapi dalam zaman serba pantas ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja.

Ada platform trading, dimana anda boleh lihat harga naik dan turun matawang.

Caranya, perlu masukkan duit sebagai modal.

Ada button “BUY” dan “SELL”. Jadi gunakan modal anda itu untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk jana keuntungan.

***

Forex trading ini dikendalikan secara online. Anda hanya perlukan komputer dan talian internet untuk trade forex.

Pasaran forex ini buka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari.

Bermula pada pukul 5 pagi hari isnin dan berakhir pada pukul 5 pagi hari Sabtu.

Jadi di sini anda mempunyai kebebasan untuk anda trade forex bila-bila masa sahaja yang anda rasakan sesuai.



Cr to forex writer
 

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top