Shiba Inu (The DogeKiller)

Wen

Well-known member
Dalam Diam-Diam Shiba Inu (SHIB) Buat Kejutan, Melonjak 40%!

Shiba 16.6.21.jpg

'Pembunuh Doge' atau Shiba Inu salah satu matawang kripto yang menjadi kerisauan para pelabur setelah membuat paras terendah sepanjang masa (ATL) berturut-turut.

Namun, Shiba Inu mencetuskan kejutan dengan menyaksikan momentum kenaikan lebih 40% dalam 24 jam terakhir sekaligus mengatasi kenaikan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Impak dari kenaikan tersebut didorong selepas Coinbase Pro mengumumkan penyenaraian Shiba Inu pada hari semalam, dagangan akan bermula minggu ini pada 17 Jun di waktu pasifik (PT) pukul 9AM.

Dagangan tersebut tidak akan tersedia kepada penduduk New York dan Singapura, seperti yang dinyatakan.

Seterusnya, teliti pergerakan harga pada carta matawang kripto SHIB/USDT.

Pergerakan harga dilihat masih bermain di ruangan support untuk berusaha menembusi zon rintangan $0.000012 setelah diuji beberapa kali.

Menurut ramalan penganalisa kripto, dijangkakan kenaikan yang tinggi bakal berlaku jika melepasi paras rintangan tersebut dan akan menuju ke zon SBR (support become resistance) yang seterusnya.

Akan tetapi, jika pergerakan harga terus menunjukkan corak penurunan dan menembusi paras sokongan sekitar $0.000006, pergerakan harga dijangka bakal kembali meneruskan penurunan sehingga mencatatkan paras terendah sepanjang masa (ATL) terbaru.

Lihat gambar carta harga SHIB/USDT untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
Wen

Well-known member
Bakal Beraksi Kembali Dalam Pasaran, Shiba Inu Sudah ‘Terjaga’?

shiba 13.8.21.jpg

Shiba Inu telah menunjukkan prestasi positifnya pada sesi dagangan bulan Ogos, menghasilkan 45% lonjakan mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.00000888 beberapa hari yang lalu.

Menariknya, beberapa exchanger telah mula menyenaraikan Shiba Inu di platform mereka baru-baru ini, salah satunya yang popular adalah exchanger eToro.

Pelabur memantau pergerakan nilai Shiba Inu yang dilihat meningkat secara beransur-ansur sejak kebelakangan ini dimana nilai pasarannya juga telah meningkat secara positif.

Seterusnya, teliti pergerakan harga pada carta matawang kripto SHIB/USDT.

Pergerakan harga dilihat masih mengekalkan pergerakan harga yang positif dan sedang berusaha untuk melepasi paras rintangan $0.00000800 yang sukar ditembusi oleh SHIB.

Sekiranya SHIB berjaya melepasi paras rintangan tersebut, lonjakan lebih tinggi kemungkinan bakal berlaku dan paras SBR (resistance become support) sekitar $0.00000820 bakal menjadi sasaran seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Akan tetapi, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.00000780 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, SHIB didagangkan sekitar paras $0.00000799 dengan jumlah dagangan lebih $365 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-41 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta harga SHIB/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
  • Deleted by nabil
Show…

Afthorian

Active member
Mengapa shiba hampir mustahil untuk mencapai 1 sen? Saya akan memberitahu anda mengapa.
Mula-mula saya mungkin mengatakan bahawa saya rasa shiba merupakan pelaburan yang hebat, anda boleh menjana wang dengannya, tetapi kita harus bersikap jujur dengan orang baru melabur dalam SHIB untuk mengelakkan lebih daripada seorang daripada mereka muflis atau kehilangan banyak wang .

Pertama, ada tiga faktor yang mesti kita fahami, dan ia adalah:

Nilai / token: harga sebenar mata wang.

Supply: jumlah coin / token di pasaran.

Market Cap jumlah nilai semua penawaran.

Dengan ketiga konsep ini, kita dapat mengetahui berapa jumlah wang yang harus dilaburkan dalam shiba sehingga mencapai satu sen, satu dolar atau apa sahaja yang anda mahukan. Mari lakukan dengan satu sen:

target harga adalah 0,01

Circulating supply adalah 379,776,000,000,000 unit

379,776,000,000,000 x 0,01 = 3,797,760,000,000

Jadi target pasaran akan menjadi 3 trilion USD (hampir 4 trilion).

Kini bitcoin mempunyai had pasaran terbesar dari semua cryptocurrency, mempunyai sekitar 42% daripada jumlah pasaran TOTAL semua mata wang. Market cap Bitcoin sebenarnya adalah 860 bilion USD.

Seperti yang dapat kita lihat dengan data ini, jika bitcoin dengan 860 bilion mewakili 42% pasaran, jumlah pasaran adalah sekitar 2 trilion USD. SHIB perlu menggandakan JUMLAH WANG YANG DILABURKAN DALAM SEMUA CRYPTOCURRENCIES untuk mencapai satu sen.

Dengan kata lain jika populasi global berjumlah 8bilion orang, untuk ini berlaku, setiap orang harus melabur $ 500 dalam Shiba.

Satu-satunya cara untuk mendapatkan sen adalah dengan mengurangkan bekalan yang beredar dengan begitu sukar.
 
  • Like
Reactions: Wen

perghhh terbaik la.. Shiba to the moon🚀🚀
 
Wen

Well-known member
Woof-Woof! Jaga-Jaga Shiba Inu Dah Mula Menyalak

SHIB 17.9.21.jpg

Walaupun nilaian harga Dogecoin merosot sejak kebelakangan ini, namun kripto saingannya iaitu Shiba Inu telah mendaki kedudukan pada carta dari segi kenaikan mingguan.

Dogecoin telah susut nilainya sehingga lebih 33%, namun Shiba Inu telah meningkat 74% bermula minggu lalu sehingga mengakhiri sesi dagangan semalam.

Ekoran itu, Shiba Inu telah menyaksikan peningkatan dengan memperoleh 36% lonjakan mencapai paras tertinggi $0.00000907 dalam tempoh 24 jam terakhir telah menarik perhatian para pelabur.

Faktor yang telah menyokong pergerakan harga Shiba Inu (SHIB) melonjak secara positif adalah penyenaraian kripto tersebut di platform Coinbase.

View: https://twitter.com/coinbase/status/1438538829447696395?s=20

Kadar harga meningkat secara drastik dalam beberapa jam selepas penyenaraian. Ia kini memiliki permodalan pasaran lebih $3.6 bilion dengan jumlah dagangan lebih $2.0 bilion.

Menarik jika di teliti pada carta matawang kripto SHIB/USDT.

Pergerakan harga dilihat masih mengekalkan pergerakan harga yang positif dan sedang berusaha untuk melepasi paras resistance $0.00000930.

Paras tersebut merupakan paras yang sukar ditembusi oleh SHIB dimana telah diuji beberapa kali sebelum ini.

Sekiranya SHIB berjaya melepasi paras resistance tersebut, lonjakan lebih tinggi kemungkinan bakal berlaku dan mempunyai peluang untuk menguji paras rintangan $0.00001000 yang dinantikan para pelabur.

Akan tetapi, jika pergerakan harga kembali menunjukkan corak penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji paras RBS (resistance become support) $0.00000880 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, SHIB didagangkan sekitar paras $0.00000920 melonjak lebih 38% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-46 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta harga SHIB/USDT di atas untuk rujukan analisis teknikal anda.
 
nabil

Moderator
Staff member
Moshed Trader Club
Woof-Woof! Jaga-Jaga Shiba Inu Dah Mula Menyalak

View attachment 3160

WOOF WOOF!
 
  • Like
Reactions: Wen
  • Deleted by AzzubairAzam
  • Reason: Wrong reply
Show…

Recommended Brokers

Kami hanya memilih broker yang terbaik!

INTRADAY Squawk

Klik Play ▶️ / tajuk berita untuk dengar Recap Pasaran

Live Forex Price

Live Crypto Price

Top